Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Archive for the ‘Akademik’ Category

Impian Anda Setinggi Gunung, Kaki Masih Jejak Dibumi

Posted by smartz di November 27, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Bertemu kembali. Bagi merealisasikan cita-cita anda, anda perlu mensasarkan impian setinggi gunung, maksudnya anda jangan hanya impikan untuk mendapat A bagi sesuatu subjek sahaja tetapi impikanlah contohnya menjadi ahli penyelidik yang akan menghasilkan alatan berteknologi tinggi contohnya boleh mengesan makanan yang tidak halal atau memiliki kenderaan pengangkat tanah yang banyak, bukan sebagai pemandunya tetapi sebagai  tuan punyanya yang memiliki syarikat yang besar. Tidak ada ruginya jika anda mengimpikan kejayaan-kejayaan seperti itu. Kalau anda berjaya alhamdulillah kerana anda akan berjaya menembangkan dan nampak potensi diri anda dan kalau anda gagal anda masih lagi berjaya kerana kegagalan akan membentuk peribadi dan akan menjadikan diri anda lebih tabah dan anda akan belajar dari kesilapan lalu. Jangan takut untuk meletakkan sasaran yang tinggi, apa ruginya jika anda tidak dapat melaksanakan dan meletakan sasaran yang besar. Apa untungnya jika anda meletakan sasaran yang kecil yang jika berhasil pun nilainya juga akan menjadi kecil. Biarlah anda meletakan sasaran yang besar kerana manusia yang hebat adalah manusia yang melakukan dan mempunyai cita-cita yang hebat juga.

Biar apapun cita-cita anda tersebut jangan pula anda lupa dengan tanggungjawab anda sebagai khalifah Allah. Berusahalah dan selepas anda berusaha tersebut jangan lupa berdoa dan bertawakal. Ingatlah pelajaran adalah sebahagian dari ibadah dan ikhlaskan hati anda belajar kerana Allah dan jangan sesekali anda lupa dengan asal usul anda bila telah berjaya nanti.

 Sampai jumpa lagi 

Posted in Akademik | 1 Comment »

Sasaran Anda Nampak Dimata Kesungguhan Anda Ternampak Nyata

Posted by smartz di November 26, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Bertemu kembali. Kenapa anda gagal, kenapa orang lain boleh cemerlang, adakah kerana mereka lebih pandai dari anda atau semestinya mereka lebih bijak dari anda.  Untuk berjaya anda perlu mempunyai matlamat dan sasaran yang jelas. Anda perlu tahu berapa A yang anda anda sasarkan atau berapa peratus markah setiap subjek yang anda mahukan. Anda perlu percaya yang anda mampu untuk terus cemerlang, bersedia untuk melakukan yang terbaik dan berkorban untuk terus cemerlang.

Amin adalah seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta. Pencapaiannya sederhana sahaja. Dalam bilik kuliah bagi subjek matematik yang diikutinya semester ini terdapat seramai 35 orang pelajar dan rata-ratanya adalah pelajar-pelajar cina dan india. Pelajar melayu hanya ada beberapa kerat sahaja. Setiap kali kuiz di adakan dia mendapat markah yang paling corot antara rakan sekuliahnya. Dia tidak pernah terfikir yang dia akan mendapat markah lebih baik dari itu kerana alasannya pelajar bukan islam terutama pelajar Cina adalah lebih rajin dan lebih bijak berbanding dirinya.

Suatu hari dia terfikir, sampai bila dia nak jadi begitu, kalau dia tidak berubah tentu dia akan gagal selamanya. Jadi mulai saat itu dia mula meletakan sasaran untuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan selanjutnya. Dia mensasarkan untuk membuat sebanyak yang boleh latihan (50 soalan latih tubi sehari) berdasarkan buku-buku rujukan yang ada. Dia juga mula meminjam buku di perpustakaan dan memastikan semua latihan yang ada di selesaikan. Jika dia menghadapi masalah dalam memahami soalan tersebut dia akan bertanya pada pensyarah atau kawan-kawan sekuliahnya. 

Agak-agak anda apa yang berlaku seterusnya. Dengan kesungguhan dan sikap konsisten yang dilakukan oleh Amin, dia akhirnya mendapat keputusan A bagi subjek tersebut dan keputusannya juga mengalahkan semua kawan-kawan sekuliahnya yang lain. Kejayaan ini membuka lembaran baru dalam hidup Amin, sekiranya dia tidak meletakan matlamat yang jelas tentulah dia tidak akan dapat mencapai impiannya. Dengan merubah persepsi dirinya dan seterusnya melakukan perubahan dan mengambil jalan yang berbeza dengan yang biasa dilakukannya akhirnya dia berjaya. Gembira mendengarnya, anda bagaimana pula, dah bersediakah anda?

Sampai jumpa lagi 

  

Posted in Akademik | 2 Comments »

Di Suatu Sudut Di Sudut Hati

Posted by smartz di November 15, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

 

Bertemu kembali. Disuatu sudut seorang pemuda A sedang duduk termenung, Gelagatnyanya diperhatikan oleh seseorang dengan penuh minat. Setelah beberapa lama pemuda tersebut dihampirinya. Whats up ada masalah ke? Tanya pelajar tersebut. Saya pelajar senior di sini, saya perhatikan dari tadi, kamu nampak macam ada masalah aje. Kalau rasa nak cite saya boleh mendengarnya, itu pun kalau boleh membantu la. “Entah lah”, balas pemuda A tersebut. Suaranya sayup kedengaran. Tenggelam dalam pemikirannya sendiri. Setelah agak lama barulah ia bersuara.  “Saya risaulah pelajaran saya dari sehari ke sehari semakin merosot, susah betul nak faham apa yang pensyarah ajar. Lembab betul otak saya ni, nak mengingat pun susah. Bukan nya saya tak belajar, saya belajar macam orang lain jugak tapi tak tau la, bila kuar keputusan cam tu jugak.” Oh gitu, “jangan berputus asa, mngkin cara anda belajar  yang perlu di nilai semula”. Kalau kamu nak kita boleh belajar sama-sama mungkin, sesuatu boleh dibuat untuk kebaikan kita bersama. Cam mana kita pergi ke library hari ni, jum! Ok! Sahut pemuda itu.

 

Jika ada masalah dan masalah tersebut tidak boleh anda selesaikan, jangan pendam sendirian, masalah tak kiralah apa masalah, kalau tidak di tangani akan memberi kesan kepada pelajaran anda. Luahkanlah pada kawan ke atau pada pensyarah anda ke atau pada kaunselor. Semasa pemikiran yang buntu masalah tu mungkin nampak macam terlalu besar tetapi kalau anda luahkan pada kengkawan mungkin simple aje penyelesaiannya. Jadi jangan simpan masalah anda lama-lama.   

 
Sampai jumpa lagi 

Posted in Akademik | 6 Comments »

Nilai Diri Kawan Anda Terimalah Seadanya

Posted by smartz di November 5, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Bertemu kembali. Disuatu kelas seorang pensyarah sedang berbual bersama sekumpulan pelajar baru. Bacalah kisah perbualan mereka.

Pensyarah : Sekarang ni dah seminggu kamu berada di sini, macam mana dengan pengalaman kamu selama berada disini.

Mahasiswa 1 : Seronok puan, banyak pengetahuan baru kami dapat tapi penat pun boleh tahan lah.

Pensyarah : Oh begitu, bagus lah. Kamu pula macam mana. (sambil matanya tertumpu pada seorang mahasiswa lain)

Mahasiswa 2 : Letih lah puan, tak cukup tidur. Dah beberapa hari ni saya tak boleh tidur.

Pensyarah : Tak boleh tidur, rasanya aktiviti malam tak la terlalu lewat. Teringat orang di kampong ke!

Mahasiswa 2 : Tak lah. Saya biasanya suka tidur dengan lampu terpasang dan kawan sebilik saya pula malangnya suka tidur bergelap. Masa malam pertama kami sampai di sini tu saya dah tertidur tapi kemudiannya ditengah malam saya terjaga kerana keadaan bilik yang gelap. Saya pun pasang lampu dan tidur semula. Beberapa jam kemudian saya terjaga lagi kerana gelap dan saya pasang lampu semula. Begitulah sampai ke pagi. Jadi mengantuknya!

Pensyarah : Kamu tak bincang ke dengan dia.

Mahasiswa 2 : Mulanya tak juga, sebab tak berapa kenal tapi lama kelamaan kami bincang juga sebab dah tak tahan. Hari-hari macam tu.

Pensyarah : Kesiannya. Jadi apa keputusan yang kamu buat.

Mahasiswa 2 : Kami terpaksa menyesuaikan diri. Malam ni kami tidur dengan lampu terpasang, malam esok kami tidur dengan lampu bergelap. Begitulah bergilir-gilir. Terpaksalah, ni yang mengantuk ni.

Begitulah, kehidupan di kampus, sebagai mahasiswa anda perlu belajar banyak perkara. Kehidupan di universiti bukan hanya berkaitan dengan mengulangkaji pelajaran sahaja tetapi juga merangkumi pergaulan, kepimpinan, komunikasi dan bagaimana anda perlu membawa diri anda untuk menyesuaikan diri anda dengan kehidupan yang berjauhan dari keluaga. Anda tidak boleh memaksa nilai diri anda keatas orang lain dan begitu juga rakan anda tidak boleh memaksakan nilai diri mereka ke atas diri anda. Apa yang penting anda perlu pandai menyesuaikan diri dan bersedia untuk melakukan perubahan. Bukankah hidup kita perlu sentiasa berubah?

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | Leave a Comment »

Anda Adalah Acuan Diri Anda

Posted by smartz di Oktober 27, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Bertemu kembali. Setiap dari kita telah di design untuk berjaya. Hanya manusia yang berjaya sahaja, yang akan lahir ke dunia ini. Setiap dari kita telah di tanya oleh Allah sejak di alam roh lagi. Siapakah tuhan kita. Hanya roh yang menjawap Allah lah tuhan kita yang akan di lahirkan kealam dunia.  Begitu juga hanya satu dari berjuta sperma yang akan berjaya dilahirkan ke dunia ini. Cuma kengkadang tu manusia lupa dengan janjinya dan mengabaikan perintah Allah yang telah di akuinya dahulu. Manusia memang mudah lupa.

 
Setiap dari kita juga boleh mengenal diri, kekuatan dan kelemahan diri masing-masing. Sebagai pelajar, kalau setakat mengenal diri, kekuatan dan kelemahan tanpa azam yang kental anda tentu tidak akan kemana-mana. Tanamkanlah niat dan keazaman serta keinginan yang kuat untuk berjaya. Tanamlah daya keyakinan yang tinggi sebagai makanan kepada rohani anda supaya jalan yang anda lalui akan menjadi lebih mudah dan yakin yang anda akan berjaya supaya keyakinan tersebut meresap dalam minda bawah sedar anda. Semaikanlah sikap orang-orang yang berjaya dalam diri anda dan bebaskan diri anda dari kata-kata orang lain yang akan melemahkan pendirian anda. Buang kepercayaan karut yang menghantui hidup anda seperti rezeki secupak tidak akan jadi segantang dan jadilah seperti orang yang alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Anda adalah acuan diri anda. Jadi mulakanlah langkah pertama anda.

Sampai jumpa lagi 

Posted in Akademik | Leave a Comment »

Gred Oh Gred Jangan Abaikan Kepentingannya

Posted by smartz di Oktober 23, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Bertemu kita kembali setelah cuti rehat yang panjang, berhari raya bersama keluarga tercinta. Apa khabar anda semua di luar sana.

Sebelum ini saya telah terangkan tentang sistem gred. Bentuk sistem gred yang ada bagi setiap universiti adalah berbeza-beza. Contohnya 80-100 markah sama dengan gred A dan mempunyai matanilai 4.00.  Kali ini saya ingin bercerita tentang gred berabjad pula. Gred berabjad ini nampak macam tak ada apa-apa kegunaannya tetapi kalau anda tahu kebaikannya anda pasti akan menggunakannya.

Gred TD bermaksud Tarikh Diri matapelajaran/subjek/kursus (dipanggil berbeza-beza antara universiti). Jika anda dapati pada penghujung sesuatu semester anda rasa mungkin tidak boleh membawa subjek tersebut dan anda rasa kalau anda ambil juga peperiksaan untuk subjek tersebut anda akan gagal, maka saya nasihatkan anda TD dari subjek tersebut. Bila anda menarik diri, kredit subjek yang anda TD tersebut tidak akan dikira dalam pengiraan kredit kira, png dan pngk anda. Jika anda tidak TD dan jika keputusan anda bagi subjek tersebut rendah ia akan menjatuhkan nilai png dan pngk anda. Jika universiti anda tidak mengamalkan konsep kredit mansuh ia akan tambah menjatuhkan lagi png dan pngk anda tanpa ada peluang untuk menebusnya semula.

Gred TS bermaksud Tidak Selesai Kerana Sakit. Bagi anda yang sakit pastikan anda memberi tahu pentadbir dan pensyarah anda dengan cepat supaya tindakan dan persediaan yang sesuai boleh diambil untuk membantu anda. Bagi pelajar yang sakit dan tidak dapat menghadiri peperiksaan anda boleh menduduki peperiksaan khas sebagai ganti kepada peperiksaan akhir yang tidak dapat anda hadiri.

Gred HL atau HG. Bagi subjek yang bertaraf HW iaitu Hadir Wajib. Terdapat kekeliruan yang selalu berlaku di kalangan mahasiswa dimana, bila mereka nampak Hadir Wajib, semua subjek akan didaftarkan dengan HW. Dah namanya wajib hadir, semua subjek didaftarkan dengan HW. Salah tu. Pastikan anda mendaftar dengan betul. Bagi subjek yang lulus gred HL akan diberikan, kredit subjek yang anda ambil akan dikira dalam pengiraan kredit dapat tetapi tidak dikira dalam pengiraan png dan pngk anda. Bagi subjek yang gagal pula gred HG akan diberikan dan tidak dikira dalam pengiraan kredit dapat, png dan pngk anda. Anda perlu mengulang semula subjek ini.

Seperkara lagi, terdapat juga sesetengah subjek yang mempunyai gred lulus berbeza. Kebiasaannya gred minimum lulus subjek adalah D tetapi terdapat juga  subjek yang mempunyai gred minimum lulus B atau C+. Jadi pastikan apakah gred minimum lulus bagi setiap subjek yang anda ambil supaya anda tidak hilang pertimbangan. Semuga maklumat ini boleh membantu.

Sampai jumpa lagi   

Posted in Akademik | Leave a Comment »

Amalan Pembelajaran, Langkah Bijak

Posted by smartz di Oktober 5, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Untuk berjaya adalah perkara yang diidamkan oleh semua orang, lainlah kalau anda memang tak nak berjaya. Untuk berjaya anda perlu sentiasa berubah kearah kebaikan. Dalam proses pembelajaran terdapat beberapa amalan yang boleh membantu anda sebagai pelajar yang boleh memacu kearah kecemerlangan. Antaranya.

Pastikan anda mempunyai hubungan yang baik dengan pensyarah atau pentadbir fakulti anda. Hubungan yang baik ini boleh membantu anda ketika anda sedang menghadapi masalah dan juga boleh memandu anda untuk meningkatkan nilai diri dan arah tuju masa depan anda.  Pastikan mereka tahu nama dan kenal siapa anda. Dalam sesuatu perhubungan jika kedua-dua belah pihak mengenali nama masing-masing, perhubungan tersebut pastinya akan menjadi lebih erat.  

Anda juga perlu pandai bergaul sesame kengkawan. Belajarlah secara berkumpulan dan jangan bersendirian. Kaedah belajar yang bagus adalah seumpama kerja dalam satu kumpulan, mengamalkan sifat bertolak ansur dan bersosial sesama kawan. Jangan sesekali anda menyendiri dalam pergaulan anda. Kerja berkumpulan bermakna anda perlu belajar menerima pandangan orang lain, berkongsi idea dan menilai reaksi kawan anda. Jika dilakukan dengan betul ianya akan meningkatkan kefahaman dan memperbaiki tingkat kematangan anda. Jika anda diminta memberi penerangan tentang sesuatu topik jangan lengahkan masa untuk melakukannya kerana kajian mendapati jika anda menerangkan tentang sesuatu perkara kepada orang lain anda akan menjadi lebih faham dengan perkara yang di bincangkan.

Seperkara lagi jika jam kredit sesuatu subjek yang anda ambil adalah 2 kredit pastikan anda belajar dalam masaa 4 hingga 5 jam diwaktu luar dari kuliah anda dan jika jam kredit subjek anda adalah 3 maka adalah digalakkan anda menggunakan masa 6 hingga 9 jam sehari untuk mengulangkaji matapelajaran anda.

Sekian. Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | Leave a Comment »

Sebagai Orang Islam Engkau Mesti Pandai Membunuh, Opsss

Posted by smartz di Oktober 2, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Disuatu petang disebuah rumah di tepi sawah. Seorang tua sedang duduk bersama anaknya. Sambil mengasah pisau mereka berbual-bual tentang perkara semasa:

Orang tua : Sebagai orang Islam engkau mesti pandai membunuh.

Anak : Membunuh?

Orang tua : Ya, membunuh.

Anak : Apa yang hendak dibunuh pak?

Orang tua : Yelah, engkau mesti pandai menyembelih ayam atau lembu (membunuh le). Semasa menyembelihnya perlu di sebut asma Allah.

Anak :  Orang lain kan ada

Orang tua : Tak kan la nak minta orang bukan islam menyembelihnya, nanti dagingnya menjadi haram, kan susah nanti

Anak : Kalau tak tau?

Orang tua : Kalau tak tau kena la belajar, nak menyembelih perlukan ilmu. Itu baru bab menyembelih ayam aje, belum bab yang lain. Kalau nak buat apa pun kena la ada ilmu. Kalau bukan kita sebagai umat Islam yang memajukan diri kita siapa lagi. Untuk menjadi khalifah di muka bumi ini, kita perlulah menguasai ilmu. Contohnya kalau nak menghapuskan riba, ilmu kewangan islam perlu lah kita kuasai. Kalau nak belajar, belajarlah rajin-rajin supaya tuntutan fardhu kifayah boleh dilaksanakan. Kita perlukan doktor, jurutera dan arkitek yang pandai dan yang paling penting yang beriman.

Anak : Ye lah pak. Man janji akan belajar rajin-rajin supaya suatu hari nanti boleh membantu bapak dan semua orang.

Orang tua : Jangan lupa, janji tu! 

Sampai jumpa lagi 

Posted in Akademik | 4 Comments »

Level Penerimaan Anda, Satu Kemestian

Posted by smartz di September 30, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Dalam usaha untuk mendapat kejayaan yang anda impikan, anda perlu meletakan apakah level penerimaan yang anda boleh terima. Jika dalam bidang akademik anda mengharapkan untuk mendapatkan pngk 4.00, anda perlu meletakan apakah level penerimaan yang boleh anda setkan sebagai level minimum anda. Ini adalah level toleransi anda. Jika anda fikir pencapaian anda hanyalah di bawah level yang anda boleh terima, anda akan mula panik dan akan cuba berusaha sedaya upaya anda untuk mencapai dan melepasi level tolerensi anda tersebut. Jika anda komited untuk melakukannya, inshallah anda akan berjaya. Jadi anda perlu menaikan level penerimaan anda dan jika anda tidak berbuat begitu anda akan sukar untuk berjaya dan mencapai apa yang anda impikan.

Contohnya, jika anda mengharapkan untuk mencapai pngk 4.00 tetapi jika level penerimaan minimum anda jika dapat mencapai pngk 2.00 pun tak apa. Maka pngk 2.00 itulah yang anda akan dapat. Anda perlu menaikkan level penerimaan anda ini, supaya anda boleh mensasarkan keputusan yang lebih baik. Anda tidak boleh membiarkan diri anda mendapat kurang dari level penerimaan anda. Berlaku jujurlah pada diri anda, apakah level penerimaan anda sekarang. Jika anda benar-benar mengharapkan kejayaan, jangan benarkan pencapaian anda kurang dari level penerimaan anda. Naikkan level penerimaan anda ketahap matlamat anda dan bertekad untuk berjaya.

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | 1 Comment »

Minda Anda, Impian Anda

Posted by smartz di September 27, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Bertemu kembali. Setiap orang dari kita telah di anugerahkan oleh Allah dengan daya kreativiti yang mampu di gunakan untuk menghadapi cabaran hidup sebagaimana haiwan telah dibekalkan oleh Allah dengan kemahiran untuk membuat sarang, berhibernasi dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah terutama sekali dari segi pelajaran, kenapasti apakah sebenarnya masalah anda itu. Dapatkan pen dan kertas dan tulis apakah masalah anda. Bagi setiap masalah pula, catatkan apakah kebaikan yang anda akan dapat jika masalah itu dapat diselesaikan. Jangan fikir atau catatkan dari segi negatifnya kerana jika anda berfikir secara negatif hasilnya akan menjadi negatif. Contohnya jika anda kehilangan kunci. Anda akan mencari kunci tersebut dengan memikirkan macam mana boleh hilang. Puas anda cari tapi tak jumpa juga tetapi kemudiannya bila anda sudah tidak memikirkan tentang kehilangan tersebut tetiba anda terjumpa pulak kunci tersebut.

Contohnya, jika masalah anda ialah malas belajar, catatkan apakah kebaikan yang anda akan perolehi jika anda rajin belajar:

  1. keputusan yang baik
  2. Lebih bersedia
  3. Kurang stress
  4. Lebih faham tentang subjek tersebut
  5. Gembira
  6. Mendapat anugerah atas kecemerlangan akademik anda

Dengan kaedah ini anda telah menanamkan gambaran indah untuk dinikmati oleh minda anda. Tampal catatan anda di tempat yang mudah anda lihat dan baca setiap kali anda melihatnya supaya anda boleh memprogramkan minda anda kerana memperolehi kejayaan dalam hidup adalah satu kejayaan yang tidak dinikmati oleh orang-orang yang tidak memprogramkan minda mereka untuk berjaya. Sekiranya anda meniatkan dalam hati anda untuk berjaya, anda akan berjaya kerana minda anda akan bekerja keras untuk merealitikan hasrat anda. Positif akan menarik positif, ia akan bertindak bijak untuk melaksanakan impian dan cita-cita anda. Ingat pastikan anda berfikiran positif selalu.

Sampai jumpa lagi 

Posted in Akademik | Leave a Comment »