Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Archive for the ‘Motivasi’ Category

Rahsia..Law of Attraction

Posted by smartz di Mei 22, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Lihat video ini dan ubahlah diri kita…sekarang…

Sampai jumpa lagi

Posted in Motivasi | 13 Comments »

Kuda Liar Yang Lari….Kejarlah

Posted by smartz di Mei 15, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Kita biasa mendengar mengenai kelebihan menuntut ilmu, kelebihan mengajar dan belajar. Kelebihan ilmu digambarkan dari banyak hadis-hadis tentangnya seperti mengenai kelebihan orang-orang yang berilmu berbanding dengan mereka yang tidak berilmu, belajar itu hasanat (kebaikan) ,mencari ilmu itu ibadat,  mengingatinya sama dengan tasbih, menyelidikinya sama dengan jihad,  mengajar kepada yang tidak mengetahui itu sedekah dan sebagainya. Sudah terlalu banyak kita dengar sampai kekadang, macam dah terlalu biasa sampai bagi sesetengah orang macam dah tak di ambil endah atau kisah. Cuba kita bayangkan  gambaran orang yang melibatkan diri dengan ilmu ini seperti berikut. Ini adalah gaji dan bonus yang diterima.

Pengajar       RM70,000.00

Pelajar          RM30,000.00

Pendengar    RM10.000.00

Pelupa          RM0.00

Barulah best dan seronok sebab biasanya bila ganjarannya berbentuk material barulah kita nampak…ni baru andaian kita …ganjaran Allah tentulah berlebih lagi… Siapa yang ingin melihat orang yang dimerdekakan Allah dari Neraka,  maka lihatlah para murid(pelajar-pelajar agama)…janji Allah tu…   

Yang mana satu pilihan anda, tentu anda nak jadi pengajar..kan….tapi untuk jadi pengajar anda perlukan ilmu terlebih dahulu, maknanya anda perlu lah belajar terlebih dahulu.  Ilmu itu ibarat kuda liar, untuk menjinakkannya kita memerlukan tali. Dengan tali kuda itu dapat di kawal dan seterusnya boleh digunakan untuk membantu dalam kehidupan seharian kita seperti untuk dijadikan kenderaan dan mengangkut barangan…jadi apakah tali yang boleh mengikat ilmu itu….ikatlah ilmu itu dengan pena…Jadi bila anda masuk ke kelas, tak kiralah kelas pengajian ke atau kelas-kelas agama ke pastikan anda mencatat, mencatit dalam buku dan jangan hanya mendengar sahaja…waima kalau kita lihat dikelas-kelas pengajian… tuk-tuk guru… bila mendengar ceramah yang dibuat oleh guru lain, tuk-tuk guru tersebutpun biasanya akan membuat catatan, bukan dia tak tau..perkara yang di perbincangkan…dia dah expert dah…tapi mencatit juga kerana tak nak dapat pahala mendengar sahaja…jadi jangan lupa kejarlah kuda anda….dah nak lari tu….    

Sampai jumpa lagi 

Posted in Motivasi | Leave a Comment »

Redha Allah Bersama Redha Kedua Ibu Bapa

Posted by smartz di Mei 12, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Lega rasanya dapat lagi berjumpa anda, setelah beberapa hari yang sibuk menyelesaikan urusan-urusan kerja yang bertambah. Diharapkan semuga anda berada di dalam keadaan sihat semuanya..dan yang lebih penting lagi dapat bercuti panjang….alangkah indahnya mengenangkan saat-saat semasa belajar dahulu…waktu ini adalah merupakan waktu yang paling mengembirakan kerana dapat balik kampung berjumpa bonda dan keluarga tercinta…jangan lupa ucapkan selamat hari ibu kepada ibu anda, anda yang masih mempunyai ibu…jangan sia-siakan kesempatan yang ada saat ini…sementara kedua ibu bapa kita masih ada…jika keputusan peperiksaan anda sekarang kurang memuaskan….koreksilah diri anda…ingatlah jika ada salah dan silap yang kita pernah lakukan kepada orang tua kita terutama…bonda kita…jika ada…mungkin kesilapan kita tersebut menjadi penghalang kepada  kejayaan kita…mungkin menjadi pendinding kepada usaha kita…..sapa tau…mohonlah keampunan dari nya ..surga berada dibawah tapak kaki ayah dan bonda…redha Allah bersama redha kedua ibubapa….sekian

Sampai jumpa lagi 

Posted in Motivasi | Leave a Comment »

Sudah..Tu..Sudah…Pandanglah Ke Depan

Posted by smartz di Mei 2, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Sesungguhnya, pengalaman mengajar dan mendewasakan kita, setiap masalah yang kita hadapi, hadapilah ia dengan tabah dan janganlah anda lari dari masalah. Kearah manapun anda melangkah masalah akan tetap mendatangi anda, jangan cepat mengalah kerana mengalah sebelum berusaha sebenarnya anda telah gagal sebelum bermula. Jadikanlah kesilapan masa lalu sebagai sempadan dan panduan, agar kesilapan yang sama tidak berulang, jika hari ini keputusan peperiksaan anda jatuh, bangkitlah dan bangunlah perbaikinya..dengan segenap usaha dan tenaga…gagal sekali tidak bermakna anda akan gagal selamanya. Gagal adalah permulaan bagi satu kejayaan yang lebih gemilang.

Ingatlah segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh orang tua anda dan asah kembali impian dan cita-cita anda..anda ingin berjaya bukan..anda ingin menjadi anak yang membanggakan orang tua..ayuh..majulah.. usah toleh kebelakang..pandanglah ke hadapan kerana anda mempunyai impian..harapan..keinginan…terimalah

I Have A Dream

Sampai jumpa lagi

Posted in Motivasi | Leave a Comment »

Kehadiranmu Ilmu Begitu Bermakna

Posted by smartz di Mei 1, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Hari ni saya dapat pengajaran yang begitu bermakna, sepanjang pemerhatian saya, saya dapati blogger  biasanya adalah seorang yang menghargai ilmu dan rajin membaca…ilmu adalah kuasa dan menjadi jalan pintas menuju kejayaan…jadi adik-adik hargailah ilmu….kuasailah ia dan praktik kan…inshallah adik akan berjaya dengan cemerlang..

Jika di sesuatu masa adik gagal, bangkitlah, tebuslah kesilapan tersebut dengan usaha. Gagal sekali tidak bermakna adik akan gagal selamanya….Tuhan tidak akan mengubah nasib kita kecuali kita yang mengubahnya…Begitu juga dengan kejayaan, tanpa usaha kegagalan akan sentiasa menghantui kita…selepas berusaha bertawakal lah…     

Sampai jumpa lagi 

Posted in Motivasi | 3 Comments »

Boleh….Tentu Kau Boleh

Posted by smartz di April 29, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Gantunglah cita-citamu di tempat yang tinggi supaya tidak dapat dirosakkan oleh orang lain kerana cita-cita adalah sumber kekuatan perjuangan yang tidak terhingga lahir dan batin – Abu Hanifah

Susah Tapi Boleh

Rempohilah halangan yang merintangi hidup anda, yakinlah anda boleh…boleh..boleh …cemerlang dalam pelajaran

Sampai jumpa lagi

Posted in Motivasi | Ulasan Dimatikan pada Boleh….Tentu Kau Boleh

Suiz Lampu…Pengubah Segalanya

Posted by smartz di April 28, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Anda sedang bersantai di rumah…tetiba lampu terpadam…anda terpaksa berbuat sesuatu, jika tidak anda akan berada dalam kegelapan…gelap…gelap dan gelap… dan teraba-raba mencari mancis…lampu picit atau lampu emergency anda ….Bayangkan jika perkara ini berlaku dalam kehidupan anda…sesuatu peristiwa berlaku dan anda terpaksa berubah serta merta…Tapi adakah kita nak tunggu sesuatu berlaku baru kita nak berubah….

Begitu juga dalam pelajaran, adakah nak tunggu dah gagal baru nak berusaha, carilah suiz lampu anda yang boleh mengubah potensi diri anda, yang boleh memotivasikan diri anda secara luaran ataupun dalaman hingga mampu menukar impian anda menjadi kenyataan. Motivasi yang baik perlu datang dari dalam diri anda. Kajian menunjukkan pelajar yang mempunyai motivasi yang tinggi memperolehi keputusan yang cemerlang. Jadi apa tunggu lagi…Tiada orang lain yang boleh mengubah atau memotivasikan diri kecuali diri anda sendiri…..

 

Sampai jumpa lagi

Posted in Motivasi | Leave a Comment »

Pencuri Masa Yang Bijak

Posted by smartz di April 14, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Tik tik tik….masa berlalu, terus berlalu dan tidak akan kembali lagi. Pergunakanlah saat yang ada dengan sebaiknya. Milik kita hanyalah saat ini, bukan yang saat yang semalam atau esok hari. Semalam dalam kenangan dan esok dalam ketentuan. Sentiasalah mencari ruang dan peluang untuk menggunakan masa sepenuhnya bagi aktiviti pembelajaran. Hidup perlu terus berubah dan pembelajaran berterusan selagi hayat dikandung badan.

Saya sebenarnya begitu kagum dengan orang yang sibuk, sebab orang yang sibuk biasanya pandai mengatur masa dengan bijak. Jadi sebagai mahasiswa sepatutnya kita mencontohi mereka. Buatlah perancangan yang jitu dalam mengatur masa pembelajaran anda, perkara yang utama perlulah di dahulukan dalam kehidupan seharian anda.

Bagi memudahkan pengurusan masa gunakanlah  jadual belajar agar ia boleh memberikan anda garis panduan dan anda tidak leka. Agihkanlah masa belajar, berehat dan seumpamanya dengan seimbang. Bagi membolehkan anda mencuri masa dengan bijak, tanyakan diri anda persoalan ini.

Adakah waktu belajar saya cukup?

Adakah saya menambah waktu belajar ketika menghampiri exam?

Apakah waktu rehat saya berlebihan?

Adakah saya membaca nota sambil menunggu kenderaan (perjalanan dekat mahupun jauh)?

Adakah saya belajar jika pensyarah lambat atau tidak datang kelas?

Adakah aktiviti pembaziran masa saya lebih banyak dari aktiviti pembelajaran?

Jawablah persoalan tersebut sejujurnya dan buatlah pembaikan

Sampai jumpa lagi

Posted in Motivasi | Leave a Comment »

Biodata Peribadi Yang Mengancam

Posted by smartz di April 11, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Bertemu kembali. Bekerjalah untuk biodata peribadi anda dan biodata peribadi anda akan bekerja untuk anda pula.  Buatlah biodata peribadi anda, jangan hanya meniru kawan punya aje. Buat betul-betul dengan reka bentuk yang menarik, ada ciri-ciri profesional, tersusun dan rancanglah dari sekarang kerana ia adalah merupakan pelaburan yang akan bekerja untuk kita di kemudian hari. Pastikan ianya mudah di baca dan berjaya menonjolkan kehebatan peribadi dan ciri-ciri cemerlang yang anda miliki. Dalam kes ni peganglah pepatah ‘masuk bakul angkat sendiri’ tapi janganlah menyombong diri. Apa salahnya kalau ia untuk kebaikan diri kita.

Jangan terperanjat kalau saya katakan terdapat sesetengah majikan yang memberi nilai yang tinggi kepada aktiviti-aktiviti yang anda jalankan  semasa di institusi pengajian tinggi. Jika anda pernah terlibat dalam aktiviti pelajar, persatuan dan lain-lain, kumpulkan maklumat tersebut sebaik sahaja anda selesai dengan aktiviti tersebut. Catitkan tujuan, tarikh, tempat dan peranan anda dalam program tersebut. Jangan tunggu setelah anda habis pengajian baru nak kumpulkan, nanti terlupa. Ia akan mengambarkan tahap kepimpinan, kesungguhan dan kreativiti anda semasa di universiti.

 Sampai jumpa lagi 

Posted in Motivasi | Leave a Comment »

Nak Ke Tak Nak..Macam Dr. Tuah La..Pulak…

Posted by smartz di April 2, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Saya tidak akan bercerita tentang, macam mana caranya anda perlu belajar atau berapa kerap anda perlu belajar sehari. Anda lebih tahu kemampuan diri anda, pada saya mahasiswa melayu bukanlah golongan yang tidak pandai, tidak cerdik, tidak kreatif, tidak apa lagi yek.. dan berbagai tidak lagi lah.. Melayu boleh kan…tapi janganlah boleh pada yang negatif aje..

Apa yang kurang hanyalah kekurangan motivasi untuk berubah. Kalau anda ada kemahuan untuk berubah, inshallah anda akan mampu mencapai apa sahaja atau berbuat apa sahaja. Nak dengan tidak aje…Tak ada siapa yang boleh menolong anda, hanya diri anda sahaja…selain bantuan dari Allah la…Anda lah yang membantu diri anda..orang lain hanya boleh menunjukkan jalan sahaja…Setelah anda berusaha dan berikhtiar, anda kena bersedia pula menerima takdirNya..dan redha dengan ketentuanNya.

Sampai jumpa lagi

Posted in Motivasi | 1 Comment »