Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Bicara Canseleri: Industri kreatif

Posted by smartz di Disember 2, 2008

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Sesuatu untuk difikirkan bersama dan sebagai pelajar anda boleh memfokus dan menetapkan matlamat masa hadapan anda

IKUTI pandangan Presiden Limkokwing University of Creative Technology (LUCT), Prof Emeritus Tan Sri Dr Lim Kok Wing mengenai industri kreatif

Sampai jumpa lagi

Advertisements

Posted in Akademik | 1 Comment »

Semakan Permohonan Kemasukan Ke UTM Semester 2 Sesi 2008/2009

Posted by smartz di November 28, 2008

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Bagi pelajar-pelajar lepasan Diploma/Setaraf yang telah membuat permohonan kemasukan ke UTM, semakan keputusan boleh dibuat mulai 29 November 2008 jam 8.00 pagi di url

http://intake.utm.my

Bagi yang berjaya tahniah di ucapkan

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | 32 Comments »

Nak Jadi Hebat Kita Perlu Berfikir Secara Dominant

Posted by smartz di November 14, 2008

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Apa khabar anda semua, berjumpa kembali. Disuatu petang, disebuah masjid terjadilah perbualan antara seorang cikgu dengan murid-muridnya yang dah lama tidak berjumpa.

Pelajar : Assalamualaikum.. cikgu…, lama tak jumpa… cikgu apa khabar…?

Cikgu : Alhamdulillah saya sihat, anda pula macam mana.

Pelajar 1 : Kami sihat cikgu, baru aje habis exam ni…

Cikgu: Macam mana dengan exam tadi, rasa-rasanya boleh score tak

Pelajar 2 : Inshallah cikgu, kami dah usaha yang terbaik.

Pelajar 2 : Cikgu… sambunglah.. cerita cikgu… tentang otak kiri dan kanan tu…

Pelajar 1 : Ye lah kami tak puas mendengarnya.

Cikgu : Otak!…ye..ye..

(sambil berfikir sebentar)

Cikgu : Macam ni la..saya ingin menceritakan bagaimana kita nak menggunakan keajaiban otak kiri dan kanan ini sewaktu solat.

Cikgu : Islam adalah agama fitrah dan tentunya solat juga adalah sesuai dengan fitrah kejadian kita sebagai manusia. Sebagaimana kalau kita hendak berjaya dalam pelajaran kita mestilah sedar dan dengan sengaja merancang kehidupan kita, begitu juga dalam solat, kita mestilah sengaja, sedar dan dikekalkan supaya khusyuk dalam solat.

(sambil menarik dan menghela nafas dalam-dalam)

Cikgu : Bagi membolehkan kita khusyuk, segala perlakuan kita didalam solat mestilah selari dan sesuai dengan fitrah kejadian tubuh kita. Contohnya seperti pemikiran (otak), penglihatan, pendengaran, pernafasan, percakapan, gerak badan dan sebagainya.

Pelajar 1 : Macam mana tu…cikgu?

Cikgu : Begini, sebagaimana kita tahu, otak kiri tugasnya adalah lebih berkaitan kepada logik, analisa, fakta manakala otak kanan pula sebahagian fungsinya lebih kepada berimaginasi, membuat andaian, berseni dan juga berirama. Semasa solat kita akan menggunakan otak kiri untuk mengingat bacaan yang hendak dibaca, dari segi rukun solat, bahasa arab yang digunakan dan sebagainya. Dalam masa yang sama, kita juga perlu mengawal otak sebelah kanan kita, jika tidak, syaitan akan mengambil kesempatan dan membayangkan kepada kita tentang barang yang hilang, memberi idea yang bagus-bagus, berangan sedang mengembara, malah boleh memberi jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi dan sebagainya hingga menyebabkan kita lalai dari solat kita.

Pelajar 1 : Habis tu, macam mana nak buat cikgu?

Cikgu : Kita kena pastikan supaya otak kanan di kawal sepenuhnya semasa solat, iaitu dengan cara membayangkan bentuk ayat yang dibaca. Jika kita sedang membaca ‘Allahuakbar’ kita juga mesti membayangkan apakah bentuk tulisan bagi ayat yang kita sedang baca itu. Seolah-olah ayat itu muncul dan timbul didepan mata kita dan kita kena pastikan secara sedar, sengaja dan dikekalkan supaya sentiasa khusyuk dalam solat.

Pelajar 2 : O…gitu., dengan kata lain kita kena pastikan dan menyemak semula setiap ayat yang hendak kita baca dalam solat la…kalau tidak macam mana nak buat tu…

Cikgu : Betul tu…sebab lebih mudah bagi kita untuk membayangkan objek yang boleh disentuh dan dilihat berbanding kalau kita membayangkan keadaan surga atau neraka.

Cikgu : Dari segi penglihatan pula, secara fitrahnya, kita akan lebih mudah mengingat gambar dari tulisan. Jadi kita perlu fokuskan penglihatan kita ke satu titik sahaja di tikar sembahyang, samada sewaktu berdiri, rukuk, sujud dan sepanjang waktu sehinggalah selesai solat kita. Dengan itu fikiran kita akan lebih tertumpu dan bertambah khusyuk kerana gangguan menjadi kurang. Selain dari itu ia boleh berfungsi sebagai senaman mata dan hal ini bersesuaian dengan kajian yang dilakukan oleh seorang saintis bernama Dr. Bates. Kajian beliau melibatkan orang yang rabun yang diminta untuk focus dan merenung kepada sehelai kertas yang diletakan pada jarak yang berbeza. Kesan dari latihan berterusan tersebut penyakit rabun orang itu telah sembuh. Ajaibkan?…

Pelajar : Subhanallah

(Kedengaran azan berkumandang dan mereka semua bergegas untuk berwuduk dan masing-masing berharap agar solat mereka hari itu akan menjadi solat yang terbaik dalam hidup mereka)

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | 2 Comments »

Doa Kejayaan Untuk Semua

Posted by smartz di November 5, 2008

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Pada minggu-minggu ini bermulalah, peperiksaan akhir semester bagi mahasiswa dan mahasiswi seluruh negara. Saya doakan semuga anda semua berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang. Pastikan anda telahpun tahu apakah markah terkumpul anda setakat ini bagi setiap subjek yang anda ambil. Selamat Berjaya.

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | Leave a Comment »

Cantik Kah Kristal Kita?

Posted by smartz di Oktober 31, 2008

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Jumpa kembali. Saya percaya ramai dari kita pernah mendengar tentang kajian yang telah di lakukan oleh seorang saintis dari Universiti Yokohama Jepun iaitu Dr. Emoto. Beliau telah mengkaji kristal air yang telah dikesan menggunakan mikroskop elektron dan kristal tersebut telah dirakamkan menggunakan kamera yang berkelajuan tinggi.

Dalam kajiannya beliau telah mengguji banyak jenis air dari air yang kotor sehinggalah air yang bersih dari kawasan pergunungan dan air itu diambil dari berbagai-bagai tempat yang berlainan. Hasil dari kajian tersebut beliau mendapati air yang kotor tidak membentuk kristal tetapi air yang bersih akan membentuk kristal yang cantik.

Jika air tersebut dibaca atau disebutkan kata-kata yang baik, kristal yang terbentuk akan kelihatan lebih cantik dari keadaannya yang asal dan jika air tersebut dirangsang dengan bunyi muzik heavy metal pula bentuk kristal tersebut akan kelihatan pecah berderai. Air tersebut juga akan kelihatan seperti berapi jika perkataan syaitan disebutkan. Yang paling mengkagumkan pula adalah bentuk kristal yang sangat menakjubkan terhasil dari kajiannya keatas air zam-zam.

Ok, sekarang cuba kita fikirkan tentang bentuk penciptaan Allah keatas kejadian manusia yang begitu mengkagumkan. Air adalah merupakan jisim yang paling banyak dalam diri kita. Apabila kita minum, air akan ditapis di kedua buah pinggang kita. Bahan kotoran akan dikeluarkan dari tubuh kita melalui perkumuhan di saluran kencing, juga dengan cara berpeluh dan juga melalui pernafasan. Dengan kata lain air yang ada di dalam tubuh kita adalah air yang bersih. Jadi berdasarkan kajian Dr. Emoto tu bolahkah kita bayangkan bentuk kristal kita jika setiap harinya kita tidak menjaga diri dan sentiasa dirangsang dengan perkara-perkara negatif seperti lagu yang melalaikan dan kata-kata yang kesat. Jadi bagaimana pendapat anda, cantikkah kristal kita? Hanya anda sendiri yang boleh menjawabnya.

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | Leave a Comment »

Mainan Yang Dimain Oleh Bapak Budak

Posted by smartz di Oktober 14, 2008

Assalamualaikum. Salam Pertemuan

Disuatu petang seorang lelaki tua sedang berjalan bersendirian. Matanya melihat kekiri kanan jalan sambil memerhatikan keindahan alam. Bila sampai disebuah taman dilihatnya terdapat sebuah rumah yang cantik dan indah dipandang. Tamannya dihias dengan tumbuhan menghijau dan dikiri kanan pagar rumahnya terhias patung gajah sebagai tanda dan lambang menyambut tetamu. Rumah tersebut didiami oleh sekeluarga keturunan India. Disebelah kanan rumah itu pula terdapat sebuah rumah yang tidak kurang cantiknya. Dipagar rumah tersebut juga terdapat patung 2 harimau yang diletakan dikiri kanan pagarnya. Alangkah terkejutnya lelaki tersebut apabila didapatinya tuan rumah tersebut adalah keluarga islam. Dia mengucap dalam hati dan merasa begitu sedih kerana ada juga orang yang begitu tidak sensitive hingga sanggup melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam islam seperti itu. Dengan perasaan sedih diapun pulang ke rumahnya.

Sesampainya di rumah, dia pun duduk termanggu mengingatkan peristiwa yang baru dihadapinya itu. Gelagatya diperhatikan oleh anaknya. Anaknya pun bertanya.

Anak : Kenapa pak, bapak tak sihat ke.?

Bapak : Tak de, tadi bapak terlihat patung harimau dipagar rumah orang…

(sambil menceritakan apa yang telah dilihatnya tadi)

Bapak : Yang sedihnya kerana patung tu terdapat dirumah orang islam, kan nabi telah bersabda bahawa malaikat tidak akan masuk kerumah orang yang ada patung di dalamnya. Kalau malaikat tak masuk, tentulah yang akan masuk ialah syaitan sebab syaitan akan amat tertarik dengan objek-objek seperti itu seperti tertariknya besi kepada magnet dan akan bertenggek di atasnya. Objek-objek itu akan kelihatan bercahaya dan tarikannya kepada syaitan seperti sukanya kita kepada bau-bauan yang wangi.

Anak : Macam mana kalau objek tu adalah mainan ana-anak.

Bapak : Kalau mainan tu adalah mainan anak-anak taka pa. Cahaya yang dikeluarkan oleh objek yang dimain oleh anak-anak adalah lebih suram dan kurang bercahaya. Yang masalah ni kalau yang dimain oleh bapak budak.

Anak : Macam mana kalau foto pak.

Bapak : Sama aje, ia akan menarik syaitan datang jadi jangan ditempelkan didinding. Simpan dan jangan sampai kelihatan, kalau yang ada dikulit majalah pun simpan supaya tidak kelihatan

Apa kesimpulan yang boleh kita ambil dari cerita diatas. Kita semua tahu bahawa syaitan adalah musuh kita dan kalau kita hendak berjaya dalam hidup hendaklah kita berusaha menghindarinya dan menghilangkan perkara-perkara yang memudahkannya untuk menghampiri kita. Jadi pastikan bilik kuliah, bilik asrama dan rumah-rumah kita bebas dari perkara-perkara yang dilarang dan mohonlah pertolongan dan perlindungan dari Allah supaya selamat dari gangguan syaitan dengan senjata zikir dan doa.

Sampai Jumpa Lagi

Posted in Akademik | Leave a Comment »

Binalah Destinasi Anda Tetapkan Peraturan Anda

Posted by smartz di September 16, 2008

Assalamualaikum. Salam Pertemuan

Dengarkanlah perbualan antara seorang anak dengan ibunya. Begini kesahnya.

Anak: Ibu, kenapa benda mudah bersepah.

Ibu : Apa maksudnya sayang.

Anak : Ye lah, bila benda berserabut macam atas meja Ina ni. Ina dah susun dah malam semalam tapi sekarang ni, tengok, dah bersepah lagi

Ibu : Cuba tunjukan ibu macam mana rupanya yang dikatakan kemas.

(Anaknya pun menyusun meja tersebut mengikut tempat yang ditentukannya mengikut kumpulan bendanya)

Anak : Ha, sekarang dah kemas tapi ibu, tentu kejap lagi bersepah semula.

Ibu : Ok, macam mana kalau ibu alihkan pensil ni di sebelah sini

(sambil mengalihkan pensil tersebut)

Anak : Tak boleh , dah bersepah tu, susunannya mestilah tegak dan kemas.

Ibu : Macam mana kalau buku ni ibu letakan terbuka diatas meja ni, sayang

Anak : Itupun tak kemas juga.

Ibu : Sayang, bukanlah benda mudah bersepah tetapi sayang mempunyai berbagai cara untuk sesuatu benda tersebut bersepah dan sayang pula hanya mempunyai satu cara untuk sesuatu benda tersebut menjadi kemas dan sempurna

Cuba anda fikirkan tentang perbualan di atas, kebanyakan dari kita mempunyai berbagai cara untuk merasa sedih, marah, susah, hingga menciptakan berbagai alasan untuk merasa tidak berjaya dan sebagainya dan hanya beberapa cara pula untuk membolehkannya merasa gembira dan bersemangat.

Begitu juga dengan pelajaran, ada yang kata pelajar melayu tidak diberi peluang la, tak diberi perhatian dari pihak-pihak tertentu la dan sebagainya. Adakah anda hendak terus-terusan membina dan mengekalkan pegangan dan peraturan seperti itu dalam diri anda hingga menghalang diri anda dari terus bertindak untuk memperbaiki diri dan berusaha kuat untuk berjaya dalam pelajaran? Binalah nilai, peraturan dan pegangan yang membolehkan anda mencapai destinasi dan impian anda. Peraturan yang membolehkan anda untuk mudah merasa gembira dan susah untuk merasa sedih. Dan buanglah jauh-jauh peraturan atau persepsi yang boleh menyekat dan menghalang diri anda dari berjaya.

Sampai Jumpa Lagi

Posted in Akademik | Leave a Comment »

Ketelitian Dan Anda Akan Cemerlang

Posted by smartz di September 9, 2008

Assalamualaikum. Salam Pertemuan

Bertemu kembali. kita sepatutnya lebih bersikap teliti bila melihat sesuatu perkara. Ada diantara kita melihat dan memandang sesuatu tanpa penelitian dan mengambil mudah atau dengan kata lainnya ‘take for granted’. Pemerhatian dan tumpuan adalah penting dalam proses untuk mempelajari sesuatu sebab kita biasanya akan merasa sukar untuk mengingat jika kita kurang tumpuan dan tidak membuat penelitian. Mata perlu melihat untuk membolehkan otak menilai apa yang dilihat.

Ok, anda sebagai mahasiswa telitikah anda? Sebagai mahasiswa anda tentunya biasa berjalan keluar dari dewan kuliah kan?.Anda terpaksa beratur dan berjalan keluar perlahan-lahan kerana semua orang tertumpu ke satu pintu untuk keluar dari dewan kuliah sedangkan pada masa yang sama terdapat juga pintu-pintu yang lain yang tidak digunakan untuk keluar dari dewan. Kebanyakan orang tidak memerhatikan situasi tersebut. Kalau kita lebih teliti tentulah kita akan dapat keluar dari dewan tersebut tanpa terpaksa menunggu dan berbaris lebih lama.

Jika anda tidak setuju dengan pandangan tersebut cuba anda jawab pertanyaan ini. Tahukah anda arah manakah anda pusingkan kunci untuk membuka pintu bilik asrama anda? Bolehkah anda lukiskan gambar telefon bimbit anda? Atau gambar jam tangan anda? Anda sebenarnya boleh memikirkan persoalan yang lain juga. Setelah ini saya percaya anda akan lebih teliti dan meningkatkan tahap pemerhatian anda. Anda perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan pemerhatian dan dengan tahap kesedaran yang tinggi.

Jika anda hendak mempraktiskannya, cuba ambil sehelai kertas dan senaraikan barang-barang yang ada dalam bilik anda. Oppss, jangan masuk bilik dulu. Senaraikan semua yang anda boleh ingat dan fikirkan. Sekarang masuk ke bilik dan semak. Pastikan barang apa yang tidak tersenarai. Sebenar ada banyak cara untuk anda menguji tahap pemerhatian anda. Saya hanya hendak menyakinkan anda jika anda melihat dan mendengar sasuatu dengan pemerhatian dan ketekunan anda sebenarnya akan menjimatkan banyak masa dan boleh meningkatkan tahap ingatan anda. Jadi apa tunggu lagi, gunakanlah teknik ini dalam mengulangkaji pelajaran anda.

Sampai Jumpa Lagi

Posted in Akademik | 2 Comments »

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Posted by smartz di Ogos 26, 2008

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Ya Allah Berkati Kami Pada Bulan Rejab & Syaaban Dan

Sampaikan Kami Pada Bulan Ramadhan

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | Leave a Comment »

Permohonan Pengambilan Pelajar Semester Kedua (II), Sesi 2008/2009

Posted by smartz di Ogos 25, 2008

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Bagi pelajar-pelajar lepasan Diploma/Setaraf
anda boleh membuat permohonan kemasukan ke UTM sesi 200820092
mulai hari ini di http://intake.utm.my/

Permohonan dibuka secara Aplikasi Dalam Talian (Online Application)
sehingga 19 September 2008.

Salinan borang permohonan online beserta dokumen lengkap
hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 26 September 2008.

Pengumuman keputusan permohonan akan dibuat
melalui laman web http://intake.utm.my/ pada akhir November 2008.

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | 19 Comments »