Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Archive for September 2008

Binalah Destinasi Anda Tetapkan Peraturan Anda

Posted by smartz di September 16, 2008

Assalamualaikum. Salam Pertemuan

Dengarkanlah perbualan antara seorang anak dengan ibunya. Begini kesahnya.

Anak: Ibu, kenapa benda mudah bersepah.

Ibu : Apa maksudnya sayang.

Anak : Ye lah, bila benda berserabut macam atas meja Ina ni. Ina dah susun dah malam semalam tapi sekarang ni, tengok, dah bersepah lagi

Ibu : Cuba tunjukan ibu macam mana rupanya yang dikatakan kemas.

(Anaknya pun menyusun meja tersebut mengikut tempat yang ditentukannya mengikut kumpulan bendanya)

Anak : Ha, sekarang dah kemas tapi ibu, tentu kejap lagi bersepah semula.

Ibu : Ok, macam mana kalau ibu alihkan pensil ni di sebelah sini

(sambil mengalihkan pensil tersebut)

Anak : Tak boleh , dah bersepah tu, susunannya mestilah tegak dan kemas.

Ibu : Macam mana kalau buku ni ibu letakan terbuka diatas meja ni, sayang

Anak : Itupun tak kemas juga.

Ibu : Sayang, bukanlah benda mudah bersepah tetapi sayang mempunyai berbagai cara untuk sesuatu benda tersebut bersepah dan sayang pula hanya mempunyai satu cara untuk sesuatu benda tersebut menjadi kemas dan sempurna

Cuba anda fikirkan tentang perbualan di atas, kebanyakan dari kita mempunyai berbagai cara untuk merasa sedih, marah, susah, hingga menciptakan berbagai alasan untuk merasa tidak berjaya dan sebagainya dan hanya beberapa cara pula untuk membolehkannya merasa gembira dan bersemangat.

Begitu juga dengan pelajaran, ada yang kata pelajar melayu tidak diberi peluang la, tak diberi perhatian dari pihak-pihak tertentu la dan sebagainya. Adakah anda hendak terus-terusan membina dan mengekalkan pegangan dan peraturan seperti itu dalam diri anda hingga menghalang diri anda dari terus bertindak untuk memperbaiki diri dan berusaha kuat untuk berjaya dalam pelajaran? Binalah nilai, peraturan dan pegangan yang membolehkan anda mencapai destinasi dan impian anda. Peraturan yang membolehkan anda untuk mudah merasa gembira dan susah untuk merasa sedih. Dan buanglah jauh-jauh peraturan atau persepsi yang boleh menyekat dan menghalang diri anda dari berjaya.

Sampai Jumpa Lagi

Posted in Akademik | Leave a Comment »

Ketelitian Dan Anda Akan Cemerlang

Posted by smartz di September 9, 2008

Assalamualaikum. Salam Pertemuan

Bertemu kembali. kita sepatutnya lebih bersikap teliti bila melihat sesuatu perkara. Ada diantara kita melihat dan memandang sesuatu tanpa penelitian dan mengambil mudah atau dengan kata lainnya ‘take for granted’. Pemerhatian dan tumpuan adalah penting dalam proses untuk mempelajari sesuatu sebab kita biasanya akan merasa sukar untuk mengingat jika kita kurang tumpuan dan tidak membuat penelitian. Mata perlu melihat untuk membolehkan otak menilai apa yang dilihat.

Ok, anda sebagai mahasiswa telitikah anda? Sebagai mahasiswa anda tentunya biasa berjalan keluar dari dewan kuliah kan?.Anda terpaksa beratur dan berjalan keluar perlahan-lahan kerana semua orang tertumpu ke satu pintu untuk keluar dari dewan kuliah sedangkan pada masa yang sama terdapat juga pintu-pintu yang lain yang tidak digunakan untuk keluar dari dewan. Kebanyakan orang tidak memerhatikan situasi tersebut. Kalau kita lebih teliti tentulah kita akan dapat keluar dari dewan tersebut tanpa terpaksa menunggu dan berbaris lebih lama.

Jika anda tidak setuju dengan pandangan tersebut cuba anda jawab pertanyaan ini. Tahukah anda arah manakah anda pusingkan kunci untuk membuka pintu bilik asrama anda? Bolehkah anda lukiskan gambar telefon bimbit anda? Atau gambar jam tangan anda? Anda sebenarnya boleh memikirkan persoalan yang lain juga. Setelah ini saya percaya anda akan lebih teliti dan meningkatkan tahap pemerhatian anda. Anda perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan pemerhatian dan dengan tahap kesedaran yang tinggi.

Jika anda hendak mempraktiskannya, cuba ambil sehelai kertas dan senaraikan barang-barang yang ada dalam bilik anda. Oppss, jangan masuk bilik dulu. Senaraikan semua yang anda boleh ingat dan fikirkan. Sekarang masuk ke bilik dan semak. Pastikan barang apa yang tidak tersenarai. Sebenar ada banyak cara untuk anda menguji tahap pemerhatian anda. Saya hanya hendak menyakinkan anda jika anda melihat dan mendengar sasuatu dengan pemerhatian dan ketekunan anda sebenarnya akan menjimatkan banyak masa dan boleh meningkatkan tahap ingatan anda. Jadi apa tunggu lagi, gunakanlah teknik ini dalam mengulangkaji pelajaran anda.

Sampai Jumpa Lagi

Posted in Akademik | 2 Comments »