Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Archive for Oktober 2008

Cantik Kah Kristal Kita?

Posted by smartz di Oktober 31, 2008

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Jumpa kembali. Saya percaya ramai dari kita pernah mendengar tentang kajian yang telah di lakukan oleh seorang saintis dari Universiti Yokohama Jepun iaitu Dr. Emoto. Beliau telah mengkaji kristal air yang telah dikesan menggunakan mikroskop elektron dan kristal tersebut telah dirakamkan menggunakan kamera yang berkelajuan tinggi.

Dalam kajiannya beliau telah mengguji banyak jenis air dari air yang kotor sehinggalah air yang bersih dari kawasan pergunungan dan air itu diambil dari berbagai-bagai tempat yang berlainan. Hasil dari kajian tersebut beliau mendapati air yang kotor tidak membentuk kristal tetapi air yang bersih akan membentuk kristal yang cantik.

Jika air tersebut dibaca atau disebutkan kata-kata yang baik, kristal yang terbentuk akan kelihatan lebih cantik dari keadaannya yang asal dan jika air tersebut dirangsang dengan bunyi muzik heavy metal pula bentuk kristal tersebut akan kelihatan pecah berderai. Air tersebut juga akan kelihatan seperti berapi jika perkataan syaitan disebutkan. Yang paling mengkagumkan pula adalah bentuk kristal yang sangat menakjubkan terhasil dari kajiannya keatas air zam-zam.

Ok, sekarang cuba kita fikirkan tentang bentuk penciptaan Allah keatas kejadian manusia yang begitu mengkagumkan. Air adalah merupakan jisim yang paling banyak dalam diri kita. Apabila kita minum, air akan ditapis di kedua buah pinggang kita. Bahan kotoran akan dikeluarkan dari tubuh kita melalui perkumuhan di saluran kencing, juga dengan cara berpeluh dan juga melalui pernafasan. Dengan kata lain air yang ada di dalam tubuh kita adalah air yang bersih. Jadi berdasarkan kajian Dr. Emoto tu bolahkah kita bayangkan bentuk kristal kita jika setiap harinya kita tidak menjaga diri dan sentiasa dirangsang dengan perkara-perkara negatif seperti lagu yang melalaikan dan kata-kata yang kesat. Jadi bagaimana pendapat anda, cantikkah kristal kita? Hanya anda sendiri yang boleh menjawabnya.

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | Leave a Comment »

Mainan Yang Dimain Oleh Bapak Budak

Posted by smartz di Oktober 14, 2008

Assalamualaikum. Salam Pertemuan

Disuatu petang seorang lelaki tua sedang berjalan bersendirian. Matanya melihat kekiri kanan jalan sambil memerhatikan keindahan alam. Bila sampai disebuah taman dilihatnya terdapat sebuah rumah yang cantik dan indah dipandang. Tamannya dihias dengan tumbuhan menghijau dan dikiri kanan pagar rumahnya terhias patung gajah sebagai tanda dan lambang menyambut tetamu. Rumah tersebut didiami oleh sekeluarga keturunan India. Disebelah kanan rumah itu pula terdapat sebuah rumah yang tidak kurang cantiknya. Dipagar rumah tersebut juga terdapat patung 2 harimau yang diletakan dikiri kanan pagarnya. Alangkah terkejutnya lelaki tersebut apabila didapatinya tuan rumah tersebut adalah keluarga islam. Dia mengucap dalam hati dan merasa begitu sedih kerana ada juga orang yang begitu tidak sensitive hingga sanggup melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam islam seperti itu. Dengan perasaan sedih diapun pulang ke rumahnya.

Sesampainya di rumah, dia pun duduk termanggu mengingatkan peristiwa yang baru dihadapinya itu. Gelagatya diperhatikan oleh anaknya. Anaknya pun bertanya.

Anak : Kenapa pak, bapak tak sihat ke.?

Bapak : Tak de, tadi bapak terlihat patung harimau dipagar rumah orang…

(sambil menceritakan apa yang telah dilihatnya tadi)

Bapak : Yang sedihnya kerana patung tu terdapat dirumah orang islam, kan nabi telah bersabda bahawa malaikat tidak akan masuk kerumah orang yang ada patung di dalamnya. Kalau malaikat tak masuk, tentulah yang akan masuk ialah syaitan sebab syaitan akan amat tertarik dengan objek-objek seperti itu seperti tertariknya besi kepada magnet dan akan bertenggek di atasnya. Objek-objek itu akan kelihatan bercahaya dan tarikannya kepada syaitan seperti sukanya kita kepada bau-bauan yang wangi.

Anak : Macam mana kalau objek tu adalah mainan ana-anak.

Bapak : Kalau mainan tu adalah mainan anak-anak taka pa. Cahaya yang dikeluarkan oleh objek yang dimain oleh anak-anak adalah lebih suram dan kurang bercahaya. Yang masalah ni kalau yang dimain oleh bapak budak.

Anak : Macam mana kalau foto pak.

Bapak : Sama aje, ia akan menarik syaitan datang jadi jangan ditempelkan didinding. Simpan dan jangan sampai kelihatan, kalau yang ada dikulit majalah pun simpan supaya tidak kelihatan

Apa kesimpulan yang boleh kita ambil dari cerita diatas. Kita semua tahu bahawa syaitan adalah musuh kita dan kalau kita hendak berjaya dalam hidup hendaklah kita berusaha menghindarinya dan menghilangkan perkara-perkara yang memudahkannya untuk menghampiri kita. Jadi pastikan bilik kuliah, bilik asrama dan rumah-rumah kita bebas dari perkara-perkara yang dilarang dan mohonlah pertolongan dan perlindungan dari Allah supaya selamat dari gangguan syaitan dengan senjata zikir dan doa.

Sampai Jumpa Lagi

Posted in Akademik | Leave a Comment »