Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Kita Sentiasa Dalam STATE. Kenali STATE Anda

Posted by smartz di November 23, 2020

Sebagai pelajar anda adalah sentiasa berada di STATE tertentu. Apa STATE anda? Contohnya masa ini STATE anda adalah merasa malas. Sejauh mana kemalasan anda? Apa kesan status malas ini kepada anda sebagai pelajar. Adakah ia berguna? Adakah ia melimitkan? Adakah anda menguasainya atau adakah ia menguasai anda? Apa situasi anda yang menyebabkan ianya berlaku? Adakah ia merujuk kepada sesuatu? Bagaimana perasaannya apabila ada merasa malas? Apakah keadaannya bila perkara ini berlaku?

Jadi! STATE apa yang anda nak gunakan bagi membolehkan anda BERJAYA sebagai pelajar? Fikir-fikirkan.

Posted in Pelbagai | Leave a Comment »

Ahlan Wasahlan

Posted by smartz di Disember 24, 2018

Selamat Datang

Berjumpa Kembali

Posted in Pelbagai | Leave a Comment »

Wayang Gambar, Cerita Anda, Wah! Mesti Best Nih.

Posted by smartz di Mac 26, 2010

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Disebuah cafeteria di UTM terjadilah perbualan berikut antara seorang pelajar baru dengan seorang pensyarah. Pensyarah tersebut adalah penasihat akademik kepada pelajar. Dengarkan perbualan mereka:

Pensyarah : Sekarang anda dah menjadi pelajar UTM apa perasaan anda?

Pelajar : Seronok tuan, saya merasa amat gembira kerana dapat melanjutkan pelajaran saya di sini.

Pensyarah : Lagi.

Pelajar : Saya harap saya akan dapat belajar dengan baik dan menyesuaikan diri dengan suasana di sini

Pensyarah : Lagi, tak kan itu aje.

Pelajar : Kalau saya ada buat silap tolong tunjuk ajar.

Pensyarah : Apa harapan anda bila dah belajar di sini?

Pelajar : Saya akan mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan saya, semester lepas saya dapat cpa 3.40 dan saya harap semester ini saya akan dapat cpa lebih baik lagi dan lepas tu grad sebagai graduan yang cemerlang.

Pensyarah : Masih kurang jelas, cuba detailkan lagi.

(Pelajar tersebut agak termanggu dan cuba berfikir)

‘Begitulah adik-adik, kebanyakan kita akan menyatakan impian dan matlamat yang ingin dicapai secara kabur dan tidak berfokus. Itu menyebabkan segala cita-cita kita menjadi angan-angan sahaja. Dan kalau berjaya pun sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Cuba ikuti perbualan seterusnya’

Pensyarah : Anda sekarang ni mengambil program Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Telekomunikasi) dan anda akan bergraduan 3 tahun lagi. Graduan macam mana yang anda nak jadi.

Pelajar : Oh, saya harap saya akan lulus dengan cemerlang dengan kelulusan pangkat pertama dalam kursus Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Komunikasi)

(Katanya setelah agak memahami)

Pensyarah: Dah agak detail tapi masih tak cukup, anda perlu lebih detail lagi, perincikan lagi. Dengan siapa anda nak kongsikan kejayaan ini.Masanya pulak bila?

Pelajar : Dengan ibubapa saya la, kawan-kawan, pensyarah dan masanya 3 tahun lagi.

Pensyarah : 3 tahun tu bila? Dimana, kat mana tempatnya?

Pelajar : Sekarang 2010 maknanya 3 tahun lagi la.. 2012. Tempatnya, masa konvokesyen bulan 8. Ha, di Dewan Sultan Iskandar UTM.

‘Sekarang dah agak detail tapi masih belum mencukupi. Ikuti perbualan selanjutnya’

Pensyarah : Anda pernah masuk, ke Dewan Sultan Iskandar kan, sebelum ini.

Pelajar : Ya.

Pensyarah : Sekarang saya nak anda pejamkan mata. Tarikh nafas……, lepaskan nafas……..,tarik nafas……… Ambil masa anda…. Sekarang saya nak anda bayangkan anda sedang berada di dalam Dewan Sultan Iiskandar. Boleh anda bayangkan?

Pelajar : Ya

Pensyarah : Masa tu Majlis Konvokesyen sedang berlangsung, bulan 8 tahun 2012. Bayangkan suasananya…, panas atau sejuk….., terang atau gelap….., bayangkan pemandangan…. dan warna….. yang ada disitu, orang ramai…, bunyian yang ada… dan anda sedang berada di anak tangga untuk menuju ke pentas. Boleh anda bayangkan?…

Pelajar : Boleh.

Pensyarah : Anda mendengar pengumuman di buat yang menyebut anda (nama anda) dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Telekomunikasi) dengan anugerah kecemerlangan pelajaran diraja, diiringi dengan tepukan gemuruh dari ibu bapa, para graduan dan orang ramai. Anda pun mula melangkah menaiki tangga, berjalan menuju Canselor UTM untuk menerima scroll ijazah anda. Pandang mukanya. Dengarkan ucapan tahniah darinya. Pegang scroll anda. Anda mendengar orang ramai bertepuk tangan meraikan kejayaan anda. Boleh anda bayangkan?

Pelajar : Ya

Pensyarah : Apabila anda turun dari pentas anda terus berjumpa dengan ibubapa anda dan menerima ucapan tahniah dan peluk cium dari orang yang anda sayangi. Rasai pelukannya. Kawan-kawan juga datang dan mengucapkan tahniah kepada anda. Anda merasa amat gembira dan anda juga telah diraikan dalam satu majlis jamuan dan menerima jemputan untuk makan semeja dengan Yang Teramat Mulia Tuanku. Anda merasa amat bertuah. Kejayaan itu adalah milik anda.

Pensyarah : Sekarang saya nak anda tarikh nafas…..lepaskan nafas….tarikh nafas…lepaskan nafas dan buka mata anda perlahan-lahan bila anda telah bersedia….

Ha, bagaimana perasaan anda pembaca sekalian, saya percaya anda mengikuti perbualan ini dengan penuh minat. Dengan berbuat begitu sebenarnya anda sedang melukis di minda anda matlamat yang anda ingin capai (gunakan matlamat anda, macam-macam yang anda nak kan?). Wayang gambar itu inshallah akan menjadi kekal dan bukan lagi sesuatu yang di reka-reka dalam minda anda. Inshallah minda bawah sedar anda akan bekerja untuk menjadikan impian anda itu suatu kenyataan.

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | 7 Comments »

Hendak Tidur Tidurlah Mata Jangan Mengenang Orang Yang Jauh

Posted by smartz di Mac 22, 2010

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Anda tentunya tertanya-tanya bila membaca tajuk di atas. ‘Hendak tidur tidurlah mata jangan mengenang orang yang jauh’.

Bila anda baca sahaja tek ini tentunya ketika ini minda anda sedang melayang mengingati orang yang anda sayangi yang berada di sana, entah-entah anda sekarang ini sedang berada dikampung melihat ibu anda dan melihat rupa dan raut wajah ibu anda, melihat dia sedang buat apa ataupun sedang mengenangkan insan yang anda sayangi nun jauh di sana. Hebat bukan, itulah minda kita.

Sekarang anda baca ini pula. ‘Jangan bayangkan gajah berwarna biru’.

Tentunya anda sekarang ini sedang membayangkan bagaimana rupanya gajah berwarna biru.

Cuba anda lihat 2 perenggan di atas. Perenggan pertama adalah satu suasana di mana anda mengingat kejadian yang telah berlaku kepada anda dan perenggan kedua pula adalah satu keadaan dimana anda mereka-reka apa yang berlaku kepada anda iaitu anda sedang melihat seekor gajah berwarna biru.

Ok, sekarang cuba gambarkan satu suasana atau suatu peristiwa yang pernah berlaku kepada anda yang anda merasa begitu yakin telah berjaya melakukannya. Dalam kes ini saya akan berikan satu contoh, tapi untuk memahami apa yang saya ingin sampaikan anda perlu mencari suasana yang sebenar berlaku kepada diri anda. Contohnya. Saya kejamkan mata dan mengingatkan peristiwa saya belajar menunggang basikal. Saya memegang basikal, waktu itu umur saya 10 tahun, waktu tu pagi cuaca terang dan cerah, saya menyorong basikal ke pangkal pokok, dengan bertongkatkan pokok duku yang sederhana besarnya, saya menaiki basikal tersebut, saya pun mula mengayuh basikal dan belajar untuk mengimbangi badan, bila sampai di satu batang pokok yang lain saya berhentikan kayuhan dan memegang pokok tersebut. Bila penat saya berhenti. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dan terdengar kicauan burung yang berterbangan di ranting pokok. Beberapa kali saya terjatuh, proses tersebut saya ulangi hinggalah saya pandai naik basikal.

Apa yang berlaku kepada anda bila membaca pengalaman saya tersebut. Tentunya seolah-olah anda sedang berada bersama saya melihat peristiwa tersebut bukan. Anda yakinkan perkara tersebut telah berlaku (contoh anda la..). Apa pendapat anda kalau anda boleh menjadikan minda anda yakin dengan apa yang anda ingini atau apa yang anda hajati dan perkara tersebut belumpun berlaku lagi kepada anda. Dengan kata lain anda boleh  mencorak minda anda untuk yakin dengan apa yang anda mahu dan menjadikan apa yang anda ingini satu kenyataan. Ada berani….

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | 2 Comments »

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Posted by smartz di Ogos 21, 2009

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

‘Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan’

Selamat menyambut bulan Ramadhan, semuga kedatangan Ramadhan kali ini akan membawa segala kebaikan dan rahmat kepada kita.

image001

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | Leave a Comment »

Tidur Terang Tidur Bergelap

Posted by smartz di Ogos 6, 2009

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Disuatu petang disebuah kefeteria, terjadilah peristiwa berikut. Waktu itu hujan sedang turun dengan renyai-renyai.

‘Seorang professor sedang menuju ke meja untuk menikmati minuman petangnya. Dalam tercari-cari empat untuk duduk, dia terpandang seseorang. Rupa-rupanya studentnya sedang duduk keseorangna di suatu sudut. Kelihatannya sangat letih rupanya. Dia pun menyapa dan meminta izin untuk duduk disitu.
Prof : Apa khabar?
Student : Baik..
Prof : Lain macam aje bunyinya, awak sihat ke?
Student : Sihat, Cuma letih aje, entah le nak kata kurang tidur rasanya biasa aje. Tak nyenyak tidur agak nya.
Prof : Awak biasa tidur tak tutup lampu ke?
Student : Kenapa prof tanya macam tu?
Prof : Tak ade le, saya teka aje sebab saya selalu juga balik lewat malam pasal kerja kadang-kadang tu sampai 3 pagi baru balik. Bila saya lalu dikawasan asrama punyalah terang benderang. Dalam bilik pun terang, tu yang saya agak aje kamu tidur tak tutup lampu ke?
Student : Ye,biasanya memang saya tidur tak tutup lampu.
Prof : Itulah sebab nya. Bila kita tidur biasanya tubuh kita akan mengeluarkan sejenis bahan kimia yang dipanggil melantonin bagi membolehkan kita tidur dengan nyenyak. Jika kita tidur dengan tidak menutup lampu bahan kimia tersebut akan mudah rosak sebab tu awak akan mudah gelisah dan tak nyenyak tidur.
Student : Ye ke? Tapi saya dah biasala tidur berlampu
Prof : Awak takut ke tidur bergelap? Apabila seseorang dari kita hendak tidur, malaikat dan syaitan akan saling berebutan. Jika kita tidur dengan membaca doa tidur dan ayat kursi atau ayat-ayat lain dan menyerah diri kita kepada Allah, syaitan akan lari dan malaikat akan menemani kita dilipatan selimut hingga ke pagi. Inshallah tak akan ada apa-apa
Student : Kalau macam tu boleh lah saya cuba malam ni.
Prof : Baguslah kalau macam tu, kan NC minta kita berjimat guna elektrik.
Katanya sambil ketawa sambil matanya memandang kelangit
Prof : Eh, saya kena bergerak dulu nih, mendung putih ni.
Student : Mendung putih? Tapi kan masih hujan ni.
Prof : Ye, la mendung putih tu biasanya hujan akan lambat berhenti, kalau saya tunggu lagi nanti hujan lebat semula. Kalau mendung hitam, hujannya sekejab sahaja. Ok, Assalamualaikum
Student : Waalaikumusalam.’

Begitulah sebagai pelajar, pastikan anda tidur dengan cukup dan menjaga kesihatan sepanjang masa terutama dimasa-masa yang genting dengan penyakit H1N1 nih. Tubuh yang sihat akan membolehkan anda belajar dan menimba ilmu dengan lebih baik.

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | 2 Comments »

Persimpangan Takdir, Permulaan Langkah Kejayaan

Posted by smartz di Julai 14, 2009

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

‘Maha suci tuhan yang telah mengizin kan ku berada di sini, untuk menikmati semua keindahan alam ini. Dikelilingi bukit dan lengkaran tasik diriku terasa begitu kerdil, kaki ku meneruskan perjalanan. Cuaca pagi ini sejuk dan redup, terasa begitu damai dan tenang sekali.

Aku menarik nafas dalam-dalam. Udara terasa begitu segar, rumput yang menghijau dan dedaun kering yang basah menghiasi kiri dan kanan jalan.

Bila sampai di suatu lereng bukit suasana persekitaran terasa bertukar, udara menjadi begitu harum semerbak, angin sejuk terasa menerpa ke muka. Hujan yang turun pagi tadi menambahkan lagi bauan yang wangi dari pohon-pohon kayu putih yang menjulang tinggi.

Dapatku bayangkan jika beruang koala ada disini tentu mereka akan bergembira menikmati pucuk muda dari pohon ini. Dapat ku bayangkan juga kawanan kambing tentunya akan bergembira menikmati daun-daun dari pokok ini. Berjalan di celah deretan pohon-pohon kayu putih terasa aku bagaikan berada di luar negara.

Eh, dalam negara. Bermimpikah aku…’

Begitulah adik-adik, sesuatu perkara itu jika dirancang dengan baik dan jika kita focus untuk melaksanakannya tentu tidak mustahil untuk terjadi. Hasilnya terbentang didepan mata, hampir dan dekat saja dengan kita.

Jadi bagi adik-adik yang tidak berjaya ke menara gading ingatlah kegagalan itu bukanlah penghujung satu perjalanan, tetapi permulaan satu persimpangan. Yang penting jangan berputus asa, mungkin bukan rezeki adik-adik di situ dan mungkin rezeki adik di tempat lain. Mungkin di hujung sana menunggu kejayaan besar untuk adik-adik. Ingatlah berapa ramai orang-orang yang telah berjaya walaupun tanpa mempunyai pendidikan yang tinggi. Berusahalah..

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | Leave a Comment »

Tapak Kaki Itik, Macam Mana Tu!

Posted by smartz di April 14, 2009

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Bertemu kembali. Disuatu petang terjadilah perbualan antara seorang ibu dengan anaknya. Ikutilah hasil perbualan tersebut.

Anak: Mak, tadi kita ada berchating dengan Adip. Dia kata nak cari kerja lain sebab kerjanya sekarang gajinya kecik. Kawan-kawannya yang lain pun dah pakat-pakat nak cari kerja lain. Ada yang dah berhenti kerja pun.

Mak:Ye, habis tu dia nak kerja apa?

Anak:Dia kata ada juga mohon untuk jadi tentera, dah di panggil temuduga pun tapi orang tu tak terima kerana katanya dia berjalan macam kaki itik. Kaki itik tu apa mak.

Mak:Kaki itik tu maksudnya bila dia berjalan semua tapak kakinya jejak ketanah. Masalah tu, kalau berjalan macam tu biasanya, orangnya akan mudah sakit pinggang, sakit kepala dan sebagainya. Sebab tu dia tak boleh diterima jadi tentera. Sebab untuk jadi tentera perlukan orang yang benar-benar sihat dan tidak mudah ada masalah kesihatan.

Anak:Macam tu ke!

Mak: Ye, sebab tu kita kena pastikan yang kita sentiasa berdiri dengan posisi yang betul. Jangan ‘take for granted’ dengan cara kita berdiri. Pastikan kita berdiri dengan seimbang antara kaki kiri dan kanan supaya berat badan kita dibahagi sama rata dan kita tidak bermasalah dengan kaki kita. Elakan dari berdiri menggunakan sebelah kaki sahaja. Pastikan kita berdiri dengan tekanan ke tanah seperti warna hitam pada rajah contoh di bawah.    

tapak2 

Anak:Gitu ke

Selingan ‘Surga Dibawah Tapak Kaki Ibu’
 

 

 

 

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | 3 Comments »

Psychology Refleksi Pemikiran Kita, Jagalah Sebaiknya

Posted by smartz di Mac 20, 2009

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Bertemu kembali. Ahli psychology dan pakar perubatan kini lebih memahami bahawa fikiran dan anggota badan kita adalah lebih berhubungkait dan lebih bergantung antara satu sama lain lebih dari yang mereka fikirkan dahulu. Apa yang mereka maksudkan adalah sekiranya keadaan salah satunya berubah maka yang satu lagi juga akan turut berubah. Contohnya jika kita berada dalam keadaan tertekan iaitu ketika kita memikirkan tentang keadaan yang meyedihkan maka keadaan badan kita secara psychologynya juga akan turut berada dalam keadaan tertekan. Contoh ini adalah sesuatu yang nyata dan biasa kita lihat. Jika kita meletakan diri kita dalam keadaan psychology yang tertekan saya percaya secara serta merta kita akan mula merasa yang perkara tersebut adalah sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan dan tak mungkin kita akan dapat melaksanakannya. Bagaimana kalau keadaan sebaliknya berlaku?

Ok, cuba kita fikirkan keadaan ini. Sekarang cuba anda fikirkan tentang satu keadaan yang pernah anda alami sebagai pelajar yang anda merasa tak pasti adakah anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara atau masalah itu ataupun tidak. Semasa anda berfikir itu, perhatikan secara psychologynya keadaan badan anda ketika ini.

Ok, sekarang cuba anda berdiri dan letakan diri anda dalam keadaan yang secara psychologynya begitu yakin. Bagaimana keadaan anda sekarang jika anda merasa yakin anda boleh menghadapi apa saja. Berdirilah dengan cara yang anda akan berdiri dengan rasa yakin. Bernafaslah dengan cara yang anda patut bernafas dengan rasa yakin dan meletakan rasa dan perasaan yakin di muka anda, bersikap focus dan bersedia dengan penuh awas di mata anda. Semasa anda kekal dalam keadaan ini, sekarang fikirkan tentang satu cabaran atau tugasan yang perlu anda lakukan. Semasa anda berfikir tu perhatikah adakah anda rasa anda akan mampu menghadapinya dengan lebih mudah?

Kebanyakan dari kita tentu akan menjawab, ya. Dalam keadaan psychology yang mantap biasanya fikiran kita akan menilai sesuatu isu itu dengan lebih baik dan membentuk keadaan yang baik untuk bertindak. Jadi fikir-fikirkanlah.

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | Leave a Comment »

Mencari Bukti Untuk Dirai Dan Di Syukuri

Posted by smartz di Februari 28, 2009

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Bertemu kembali. Hidup ini penuh dengan cubaan dan cabaran untuk menguji sejauh mana ketabahan dan kekuatan diri dalam menghadapi segala cubaan. Walau betapa berat cubaan yang diterima, kita perlu redha dan berusaha keras untuk mengatasi segala permasalahan yang menimpa.

Kita perlu menerima dan membenarkan diri kita untuk menerima apa yang berlaku. Jika timbul rasa ragu contohnya seperti kita mendengar diri kita menyebut ‘Boleh ke aku membuatnya…atau bila kita menyebut pening kepalaku kerana begini dan begitu…’ Senaraikan apakah perkara-perkara yang meragukan yang sedang berlaku dalam hidup kita ketika itu.

Berdasarkan senarai yang meragukan kita tersebut buat tindakan penyelesaian. Katakan pada diri kita ‘Rasanya aku boleh buat begini.’ Jika kita merasa lega dengan tindakan yang kita buat dan kemudiannya mendengar diri kita berkata ‘Rasanya ini lebih baik’ maka itu tandanya kita telahpun menerima dan redha dengan apa yang telah berlaku kepada kita. Setelah itu lihatlah hasil yang berlaku dari tindakan kita iaitu bukti manifestasi yang mula muncul dalam hidup kita. Raikanlah bukti yng muncul dengan penuh kesyukuran. Bukankah Allah dah janji, jika kamu bersyukur Aku akan tambah nikmatKu.

Terima Kasih Wahai Tuhanku – Mawaddah

Terima kasih wahai Tuhanku,
yang sentiasa melimpahkan rahmatNya,
membenarkan aku menghadapmu Tuhan,
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..

Untuk bercakap denganMu Tuhan,
mengizinkan ku minta padaMu,
memuja memuji sepenuh hatiku,
memohon munajat padamu Ya Rabbi…

Tapi aku khuatir,ketika menghadapmu
Tidak pula pandai beradap denganmu
Aku mula bimbang, kalau aku derhaka,
dalam ketaatan, bukan rahmat dariMu yang ku dapat,
Tapi ku kan dapat kemarahanMu,

Ya Rabbal Alamin, maafkanlah aku….
Ya Rabbal Alamin, maafkanlah aku….

Sampai jumpa lagi

Posted in Akademik | Leave a Comment »