Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Tangani Stres Anda

Posted by smartz di Ogos 13, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Terdapat berbagai cara untuk menangani masalah stres. Namun begitu untuk menanganinya secara berkesan anda perlu tau apakah punca-punca stres yang ada. Stres boleh wujud disebabkan oleh perhubungan sosial, masalah pekerjaan atau persekitaran yang wujud di sekeliling anda .

Cuba anda bayangkan anda sedang berada di atas pentas berhadapan dengan ramai orang. Apa yang anda rasa, tentu anda merasa stres dan gemuruh bukan. Degupan jantung anda pula berdegup dengan kencangnya dan nafas anda pula pendek. Bagi mengatasi masalah tersebut, gunakan lah teknik pernafasan untuk mengurangkan perasaan stres anda. Gambarkan paru-paru anda di bahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian bawah, pertengahan dan atas. Tutup mata dan bayangkan anda mengisi bahagian bawah paru-paru anda, bayangkan bahagian pertengahan paru-paru pula di isi. Kemudian bayangkan bahagian terakhir iaitu bahagian atas paru-paru anda pula di isi dengan udara. Sekarang agak-agaknya apa yang berlaku kepada anda di atas pentas. Anda tentunya akan merasa lebih tenang kerana bila udara memenuhi ruang pernafasan anda, jantung akan dapat berfungsi dengan lebih baik kerana mendapat udara yang cukup.

Satu lagi kaedah untuk menangani stres ialah menggunakan kaedah kerja atau belajar berkesan. Elakkan dari membuat kerja atau tugasan anda di saat akhir, buat perancangan, senaraikan beban tugas dan buat senarai keutamaan. Bahagi-bahagikan tugas jika sesuai berbuat begitu, percaya kepada kemampuan rakan anda. Buatlah sehabis baik dan sasarkan matlamat yang munasabah. Susun semula masa bila perlu.

Satu lagi teknik yang baik ialah teknik meningkatkan tumpuan. Cuba anda buatkan beberapa gumpalan kertas yang kecil. Dalam jarak tertentu cuba baling dan masukkan gumpalan kertas tersebut ke dalam gelas. Masuk tak, kalau masuk maknanya anda berjaya memberi tumpuan dan otak anda telah mengarahkan tangan anda untuk fokus kepada sasaran yang dikehendaki. Kalau tak berjaya, bagaimana agaknya solat kita? Kalau tidak berjaya sebenarnya dalam solat juga kemungkinan kita tak dapat memberikan tumpuan dan fokus yang sepatutnya. Itu adalah petanda yang kita perlu semak semula solat kita. Ingatlah “Dengan Mengingati Allah Hati Akan Menjadi Tenang”. Fikir-fikirlah.

Sampai jumpa lagi

40 Respons to “Tangani Stres Anda”

  1. megat said

    good info… aku sedang stress gegila nie

  2. ryen said

    jgan fkr banyak masalah,belajar tenangkan fikiran…kalau ada masalah pun fikir jer masalah tu akan selesai dalam masa yang terdekat k…

  3. elyza said

    hai, emm cara tangani ni stress ni ok, tp tk berkesan pd sy…
    mcm mana eh?… bile stress i rasa lemah je nk wat pe pun dh tk bermaya mcm sedih pun ada..

  4. smartz said

    Salam, Elyza.

    Biasanya stress datang dari berbagai sebab, sesetengahnya datang dan hanya memberi kesan secara luaran sahaja bergantung bagaimana penerimaan seseorang. Jika tekanan tersebut datang dan melibatkan emosi seseorang, biasanya ia akan menyebabkan rasa sedih, cemas, keliru dan sebagainya.

    Langkah pertama yang kita perlu lakukan ialah bersedia menerima takdir dan redha dengan ketentuan yang Allah tentukan untuk kita. dan ingatlah segala sesuatu yang berlaku kepada kita ada hikmat yang tersirat dan tersurat disebaliknya. Allah tidak akan menguji seseorang itu di luar kemampuannya dan ingatlah jika kita rasa malang, tidak beruntung, susah, sedih, ada lagi orang yang lebih malang, lebih susah dari kita.

    Jika anda rasa lemah, berzikirlah didalam hati dan mohonlah pertolongan dari Allah. Tiada daya dan upaya kita melainkan daya dan kekuatan yang Allah berikan kepada kita. Minta Allah beri petunjuk dan pelepasan dari perasaan sedih tersebut. Inshallah Allah senantiasa mendengar permohonan makhluknya, lebih-lebih lagi di bulan yang berkat ini.Panjatkan kesyukuran kita ke hadrat Allah atas segala nikmat yang telah di berikannya kepada kita. Cubaan tu baru sikit saje, ingat tak berapa tahun dah tuhan beri sepenuh kenikmatan kepada kita sejak di lahirkan, masa ni aje di ujinya kita…

    Mudah-mudahan boleh membantu

  5. nash said

    sy sgt stressss

  6. sya said

    saya nk spm ni tp stress sgt.xtau nk urus masa.helppp

    • arfah said

      Berbuat lah amalan yang baik dan pasti anda akan tenang. Banyak kan beribadah dan bersembahyang hajat. Ingat allah melihat apa yang kita buat. Berdoalah selalu..

  7. smartz said

    Assalamualaikum, terima kasih Sya kerna sudi berkunjung kemari

    Biasanya apabila stress berlaku akan wujud tekanan dalam diri anda, fikiran jadi tak tentu, kepala berserabut, pening kepala dan anda rasa diri anda tidak terurus. Langkah pertama anda perlu tenangkan diri agar anda boleh berfikir secara rasional. Mohonlah bantuan dari Allah dengan zikir dan intighfar. Ingat janji Allah. “Ingatlah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang” Langkah kedua cari punca stress anda, dalam kes anda ini anda stress kerana peperiksaan dah dekat dan rasa masa tak cukup. Anda masih kabur dengan isi pembelajaran anda. Kalau tidak tentulah anda tidak bersikap seperti sekarang kan. Anda rasa banyak yang nak dipelajari. Belajar subjek ini yang satu lagi belum disentuh. Belajar yang satu lagi yang lain masih tak faham. Listkan masalah anda. Langkah Ketiga fikirkan beberapa jalan penyelesaian bagi setiap masalah. Buat tindakan berdasarkan jalan penyelesaian yang telah anda fikirkan. Jangan takut untuk membuat silap dalam bertindak, berdasarkan kesilapan tindakan penyelasaian tersebut buat pengubahsuaian dan buat lebih banyak lagi tindakan susulan. Inshallah saya akan cuba detailkan langkah kedua dan langkah ketiga ini kemudian. Langkah keempat, walah anda akan dapat menyelesaikan masalah anda dan anda akan rasa lebih yakin dengan diri anda dan ingat untuk mengelakkan stress ini berulang, jangan biarkan diri anda berada dalam keadaan yang sama seperti sebelum stress anda bermula.

  8. mucitt said

    thanks..sy amik artikel ni utk assignment sy.thanks =)

  9. awiey said

    Assalamualaikum…
    maklumat tentang stess ni sangat berguna utk sya…sib baik jumpa blog ni, dpt gak membantu tuk buat assigment sya…

  10. salam,
    iam stress, sy x tau apa yg perlu dilalukan,terlalu byk keja nak wat, i do no which one to start first..iam not use with all this..ase nak lari saja dari dunia ni.my lec said if u cant u.s anything means u are useless than go to the highest level banggunan n terjon..tapi bedosa tuh…x mo..banyak lagi sy nak achieve dlm hidup ni..but seems everthing not work well..i was a good student before..but i do no whats when wrong, i repeat 1 paper,this is the start of everything..i cant take it..its real worse..its hard when all friend keep moving and u stuck on one paper..i try my best,,but i do no whats wrong…iam tired..anyone can give any sweet words to boost my energy???

  11. smartz said

    Assalamualaikum Sharfa Adlina

    Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah bertenang. Tenangkan diri anda dulu sebab tanpa ketenangan kita tak akan dapat berfikir secara rasional. Fikirkan bukan anda seorang sahaja dalam dunia ini yang menghadapi tekanan. Stres adalah asam garam dalam kehidupan, ia adalah hasil tindakbalas cabaran kehidupan. Tanpa cabaran, hidup ini tidak bermakna. Ingatlah janji Allah. Allah tidak akan menguji hambanya diluar kemampuannya.

    Mati tidak akan menyelesaikan masalah. Adakah kita pasti lepas mati dengan terjun bangunan kita akan aman. Kalau tak mati dan patah riok macam mana, lagi stress, tahap maksimum lagi.

    Bagi menenangkan dan menurunkan tahap stress anda ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan. Anda perlu tarikh nafas dalam-dalam, tahan dan lepaskan perlahan-lahan. Bayangkan seolah-olah masalah anda semuanya keluar bersama keluarnya nafas anda. Ulang selama beberapa kali lagi. Kalau masih tak hilang juga stress anda lakukan lah urutan atau minta kawan anda urutkan di bahagian tengkok atau kepala anda.

    Itu adalah antara beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan stress anda, sebenarnya ada banyak lagi seperti bercuti, tidur, berjalan-jalan, bersendirian, bersenam dan lain-lain.

    Persoalannya bagaimana nak menghilangkan stress tersebut?

  12. sha said

    saya ada tekanan hebat dgn masalah fmly walhal exam dah dekat

  13. smartz said

    Assalamualaikum Sharfa Adlina dan Sha

    Langkah ke dua cari punca stress anda, listkan apakah perkara-perkara yang menghantui hidup anda atau dengan kata lain apakah perkara-perkara yang perlu anda buat untuk mengatasi masalah-masalah anda (pelajaran, peribadi, keluarga dan sebagainya). Susun mengikut keutamaannya. Sediakan buku nota yang khas untuk tujuan perancangan harian anda dan juga email atau software khas untuk menyimpan maklumat digital anda.

    Sebolehnya catatan tersebut dalam bentuk nota biasa dan juga dalam bentuk calendar. Gunakan nota biasa untuk perkara yang perlu dibuat dan calendar untuk appointment, perjumpaan, jadual waktu kelas anda atau waktu mengulangkaji. Tumpukan hari Isnin hingga Jumaat untuk tujuan berkaitan pembelajaran sementara hari Sabtu dan Ahad sebagai hari-hari rehat anda. Rujuk post saya bertajuk Sibuk, betulkah Anda Tak Ada Masa bertarikh 9 Julai 2007

    Rancang setiap hari anda berdasarkan blok masa atau sepanjang pagi apa yang anda nak lakukan berdasarkan kesesuaian pembelajaran anda. Laksanakan satu persatu, anda lebih tahu apa yang patut diselesaikan dahulu. Jangan sesekali memikirkan semua perkara serentak, nanti anda akan bertambah stress dan tak boleh melakukannya. Kalau dalam sesuatu masa anda terfikir akan sesuatu penyelesaian atau perkara penting yang perlu dibuat, catitkan dalam nota anda supaya anda boleh merujuknya kemudian. Begitu juga jika anda perlu bertukar perkara yang sedang dibuat dan melakukan perkara lain yang lebih penting untuk diselesaikan, catitkan setakat mana perkara yang telah dibuat supaya bila anda menyambung semula perkara tersebut anda tahu nak bermula dimana.

    Selalulah menyemak semula list anda dan kalau perlu buat list yang baru berdasarkan pencapaian sebelumnya. Pastikan anda menyemaknya setiap pagi supaya anda akan sentiasa tahu dan tidak lari dari focus perancangan anda. Pastikan juga list anda di buat berdasarkan jangka masa yang di tentukan dalam calendar anda dan skop pembelajaran anda. Contohnya Jika anda tahu exam dua bulan lagi pastikan anda tamat pembelajaran anda dalam tempoh yang sesuai dan anda juga telah mengetahui skop pembelajaran anda. Jangan berangan untuk mendapat kejayaan cemerlang jika skop pembelajaranpun anda masih tak jelas. Ia memang tidak mudah. Semuga boleh membantu

  14. aiza said

    thanx smartz.. u really help.sy tgh stres tp after bace artikel ni, da kurang sket…rase lega..
    thanx =]

  15. smartz said

    Assalamualikum Aiza

    Alhamdulillah kerana artikel ini sekurang-kurangnya dapat membantu. Salam perkenalan dan terima kasih kerana sudi berkunjung ke mari

  16. mayah said

    tersesat masuk ke web ni..ok juga..mcm mana pula kalau stress dgn suami yg susah sangat nak bergaul dgn my family.sometimes i terpaksa berlakon happy depan family tapi dalam hati ALLAH saje yg tahu.
    hop u can help me!

  17. smartz said

    Assalamualaikum Mayah

    Sedih mendengarnya, namun begitu ingatlah kalau anda rasa anda bermasalah ada lagi orang lain yang lebih bermasalah dan susah dari anda dan Allah tidak akan menguji seseorang itu diluar kemampuannya.

    Allah juga tidak akan mengubah nasib hambanya kecuali hambanya sendiri yang mengubah dan berubah. Langkah pertama yang perlu dibuat ialah jangan fokus kepada perkara yang anda tidak suka. Dalam kes ini anda merasa stress kerana suami susah hendak bergaul dengan family . Cuba fikirkan dan listkan (lebih dari satu la) apa yang anda nak buat atau apa yang anda nak suami anda lakukan atau apa yang anda hendak family anda lakukan (perkara positif la). Saya bagi contoh.

    Negatif
    Anda stress sebab suami susah nak bergaul dengan family

    Positif
    Anda tak stress sebab suami suka bergaul dengan family

    Bagi menukar sesuatu perkara itu menjadi positif, perkara itu mestilah benar sebab bila sesuatu perkara itu menjadi benar tentulah anda akan menjadi lebih tenang. Bagi membolehkan sesuatu perkara itu menjadi benar tambahlah pernyataan seperti ini iaitu ‘anda dalam proses untuk membuat sesuatu’.

    Positif
    Anda tidak stress sebab anda dalam proses untuk membolehkan suami anda suka bergaul dengan family anda

    Tentu anda boleh menyenaraikan contoh lain juga.

    Fokuskan hanya kepada perkara yang baik sahaja sebab perkara yang baik biasanya akan menarik yang baik dan perkara yang buruk akan menarik yang buruk juga.

    Langkah kedua, lakukan dan usahakan tindakan susulan, macam untuk menjadikan apa yang anda fikirkan itu suatu kenyataan. Tanyalah fikiran anda pasti ia akan memberikan jawapannya, inshallah.

  18. ira said

    salam…

    saya mempunyai ramai kawan.namun mereka selalu membebani saya dengan masalah2 mereka sehinggakan saya merasakan stres dan saya x ingin rapat dengan mereka…bagaimana cara saya menangani masalah ini…

  19. intan said

    tengs 4 da tips…p still x berksan la…
    saya mempunyai bnyk tggungjwab kat sek…tp ada kalanya,ade mkhluk allah yg x snang dgn pencapaian sye…
    rasa x puas hati mereka itulah yg membuatkan saya smakin hari smakin stress…sye juga sdah merujuk kpada guru disiplin,tetapi msih x membuahkan hsil…

  20. Pelajar said

    Assalamualaikum, Sihat?

  21. stress gila la:(

  22. ANN said

    aku tengah stress coz xdpt u n xdpa buka e-rayuan nie!!

  23. ayie said

    assalamualaikum..sy ade masalah yang berlainan sedikit dari org lain..sy dgn family kadang2 ok,ada mse xok..bila ekonomi family ok,kitorang pn ok,tp kalau ekonomi xok faham2 la..satu lg sy slalu cmpur adukkn masalah dgn teman wanita dan kerja..tolong bagi tipss hlgkn masalah sy ni yg membawa kpd stress!!!!!

  24. ayie said

    yg teman wanita sy 2,dia ckp sy berperangai kebudakan..perkara cm2 buatkan sy dgnnya bergaduh dn slalu bergaduh krn hal2 remeh temeh..pdhal bercinta dh masuk 4tahun lebih..pls help me..

  25. smartz said

    Assalamualaikum Ayie

    Begini, setiap hari apabila anda selesai bersolat dan berkebetulan pula di bulan Ramadhan ni inshallah, berdoalah, ‘Ya Allah, ya tuhanku andai kata di dalam pengetahuan mu dimasa kini dan di masa depanku, wanita ini (sebutlah nama) sesuai untuk ku, untuk agamaku, untuk hidup dan matiku maka permudahkan lah hubungan antara kami agar dapat kekal bersama sebagai suami dan isteri selamanya. Tetapi ya Allah andai kata wanita ini (sebut namanya) tidak sesuai untuk ku, untuk agamaku, untuk hidup dan untuk matiku maka gantikanlah dia dengan wanita lain yang lebih baik lagi buat ku’

    Mintalah pertolongan kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan kita

  26. ayie said

    “terima kasih sb bagi pendapat yg baik utk sy..skrg sy slalu amalkan ape yg smartz berikan..

  27. ayie said

    assalamualaikum..
    nk tau ni,stress ni ada kaitan ke dgn benkak gusi??sb dua hari lepas gusi sy tbe2 sakit,smpai ke hari ini..mungkin disebabkan gusi bengkak,lg pn ada org kata sakit kt gusi nk tmbuh gigi matang,sb umur sy skrg 19..setiap kali sy terasa sakit kt dlm mulut ni mesti membuatkan sy tbe2 rasa nk marah,rasa dendam la..org kata perkara cm2 melibatkan hati dan fikiran,so ada kaitan la dgn stress kn??

  28. jamal said

    Assalamualaikum..

    Saya strees dengan situasi kerja.. Maklumlah,kerja sebagai custmer service.. ari2 kena maki dgn user yg perlbagai ragam dan jenis.. tambahan pula hari perkahwinan makin hampir.. Persiapan pun belum siap. kadang2 saya sampai hilang keyakinan diri untuk menjadi sebagai seorg suami yg boleh membimbing keluarga saya 1 hari nnti.. bantu la saya…. apa yg perlu saya lakukan ( T _ T )

  29. hazdamia said

    sy seorg pemarah,xleh ditegur,nk btol sendiri jew…biasenyer sy akn pk positif untuk setiap perkara yg berlaku tapi akhirnya akn menjadi negatif sb kdg2 ape yg berlaku menyentuh perasaan sy.tapi mlaz nk tke serius coz ms tu pk sumer problem tu ade jln penyelesaian..tp lame2 sume perasaan 2 berkumpul menjadi dendam dan prasangka buruk yg menyebabkan sume yg sy pk adalh negatif.sy da try to improve tp sy xbleh..kalo bleh sy nk jd seorg yg sentiasa positif dan tenang…

  30. cahaya said

    saya sekarang sangat stress, kerja saya sangat banyak, tapi saya tidak stress sebab itu, saya stress sebab nak kawin, tetapi belum bertemu calon, saya setiap saat memikirkan perihal ini. saya berhenti berdoa perkara lain dengan harapan ALlah menemukan saya calon suami, saya cuba bertenang menganggap bagai tidak ada apa yang terjadi, tetapi semuanya itu bagai angin yang lalu sahaja, stress menyebabkan sakit kepala saya tidak mahu berhenti, pembuluh darah makin sempit, tidak mungkin saya mahu makan panadol sehingga habis berpapan-papan kerana saya tahu itu sangat zalim seolah2 hendak membunuh diri sendiri, lantas saya hanya mampu berdoa Ya Allah, ambillah nyawaku, aku sudah tidak larat lagi menangani stress ini serta sakit kepala yang mencucuk ini, Ya Allah tolonglah aku.

  31. za said

    salam,
    nk tanye…saye sedangan mengalami stress….saye tidak boleh menghadapi masalah dengan tunang saye…cth nye gaduh ke..salah paham ke…ia membuatkan saye stress…sehingga sesak nafas…cane nk elakkan nye daripada berlaku….badan saya pon tidak sihat sentiasa
    tolong saye

    • sky said

      salam…saya seorang kakitangan awam,pada pandangan luaran saya seorang yg smart dan wajah saya berseri,saya ingin tahu apa masalah yg saya alami,masalah saya ialah saya tak boleh fokus pada semua benda,ingatan saya jadi sangat lemah,saya selalu bercakap sorang2,fikiran kacau bilau,saya telah menjadi pekerja yang bermasalah,saya suka bersendirian,mak saya sangat baik terhadap saya tapi saya selalu rasa marah bila mak saya bercakap,maksudnye bukan menegur saya, sebagai contoh mak saya pergi melawat saudara di kg dan pada masa itu saya tidak mengikutnya,apabila mak saya balik dia menceritakan apa yg berlaku disana dan saya menjadi marah dan sakit hati…seolah2 saya tak suka dia bercakap dengan saya dia seorang ibu yang baik dia tak pernah menyakiti saya,saya selalu menyusahkan banyak pihak di tempat saya bekerja,saya selalu terfikir untuk menamatkan hidup ini,mungkin setelah saya menamatkan hidup ini saya akan lebih tenang tapi saya takut lebih banyak masalah lagi yg akan timbul semasa saya ditanam di dalam kubur,bantu lah saya…adakah saya mempunyai masalah mental??

  32. […] 3. Uji tahap tumpuan kita. Sama ada kita dapat fokus atau tak dengan satu-satu kerja. Kaji solat kita. Sebab solat berkait rapat dengan kehidupan kita sehari-hari. Satu lagi teknik yang baik ialah teknik meningkatkan tumpuan. Cuba anda buatkan beberapa gumpalan kertas yang kecil. Dalam jarak tertentu cuba baling dan masukkan gumpalan kertas tersebut ke dalam gelas. Masuk tak, kalau masuk maknanya anda berjaya memberi tumpuan dan otak anda telah mengarahkan tangan anda untuk fokus kepada sasaran yang dikehendaki. Kalau tak berjaya, bagaimana agaknya solat kita? Kalau tidak berjaya sebenarnya dalam solat juga kemungkinan kita tak dapat memberikan tumpuan dan fokus yang sepatutnya. Itu adalah petanda yang kita perlu semak semula solat kita. Ingatlah Dengan Mengingati Allah Hati Akan Menjadi Tenang. Fikir-fikirlah. […]

  33. maisarah said

    saya sgt2 stress…..mcm nak gle….ini mungkin berpunca dari sye….sye selalu tinggal solat….terlalu banyak masalah….x dapat tangani langsung….

  34. alem ole said

    salam…
    bagaimana nk mengatasi stress yang tiba2 berlaku..
    cth…masuk2 kerja, tibe2 atas meja byk file2 y baru masuk…
    bagimana cara/aktiviti segera yang boleh dilakukan?
    pergerakkan ke?
    jeritan ke?
    atau ape2 je la…
    tQ

  35. […] via Tangani Stres Anda « Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing. […]

  36. Now people can watch all that they want to in a number of clicks.

    But be sure to have the old removed first; otherwise the
    new will not come into play. There are a few selections of these to choose from on
    this site too.

  37. hi!,I love your writing so much! share we be in contact more about your article on
    AOL? I need a specialist in this space to resolve my problem.
    Maybe that is you! Looking forward to see you.

  38. Leigh said

    I know this if off topic but I’m looking into starting my own blog and was curious what all is
    needed to get set up? I’m assuming having a blog like yours would cost a pretty
    penny? I’m not very internet savvy so I’m not 100% sure.
    Any recommendations or advice would be greatly appreciated.
    Cheers

Tinggalkan komen