Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Angguk, Anggukk, Angguk, Angguuk, Anggukkk dan Angguk

Posted by smartz di Januari 16, 2008

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Disuatu pagi di sebuah kelas, seorang pensyarah sedang mengajar. Ramai mahasiswa yang hadir pada ketika itu. Masing-masing khusuk menumpukan perhatian kepada kuliah hari tu, maklumla di awal pagi masing-masing masih merasa segar dan bertenaga. Disuatu sudut bilik kuliah itu seorang mahasiswa asyik memerhatikan pensyarah yang mengajar tersebut dan memberikan tumpuan sepenuhnya. Bila pensyarah tersebut melontarkan pandangan sambil memberikan kuliah, kearahnya dia akan mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju dan faham dengan apa yang diajar oleh pensyarah tersebut. Bila pensyarah tersebut memandangnya lagi dia akan mengangguk-anggukkan kepalanya lagi sambil memandang pensyarah tersebut. Begitulah seterusnya sehingga habis kuliah.

Di suatu ruang koridor sebuah fakulti pula 2 orang sedang berbual-bual. Seorang mahasiswa sedang berjumpa pensyarahnya untuk bertanya dan meminta penjelasan tentang sesuatu perkara. Setiap kali pensyarah itu memberi penerangan, mahasiswa tersebut akan menganggukkan kepalanya sambil berkata ye, atau ehem, hem atau perkataan lain yang mengambarkan dia faham dan mengikuti penjelasan tersebut dengan tekun.

Secara saikologinya jika seseorang itu mengangguk-anggukkan kepalanya dan memandang pada siapa yang sedang berkomunikasi dengannya dan jika anggukkan itu berlaku lebih dari 5 kali, maka dia akan boleh mempengaruhinya. Teknik ini dipanggil teknik mandrem (mengurat la tu..) tapi jangan pula anda salah gunakannya pulak. Guna dengan berhemat ye.. Dengan teknik ini anda boleh mempengaruhi seseorang dan dia akan ingat dengan anda tapi untuk tujuan pembelajaran perlulah diikuti dengan langkah-langkah lain seperti kerap bertanya dan yang paling penting jangan lupa belajar dan mengulangkaji. Perlu diingat, teknik ini juga boleh saling mempengaruhi jadi jangan sampai anda pula yang kena mandrem nanti.

Sampai jumpa lagi

6 Respons to “Angguk, Anggukk, Angguk, Angguuk, Anggukkk dan Angguk”

  1. soleh said

    Salam

    X tahu pula ini..Teknik mandrem, first time dgr rasanya nama teknik ni..huhu..Dgn cara ni..bleh la Pensyarah ingat bila nak mark kertas periksa kita supaya kita semua bleh dpt markah tinggi..hehe..TQ

  2. soleh said

    Salimonz…awak ni pensyarah eh?..huhu

  3. smartz said

    Sebenarnya saya yang panggil teknik mandrem, orang lain mungkin namanya lain. Anyway thanks sebab sudi berziarah kemari

  4. SyedHafidz said

    Teknik mandrem?
    macam mengorat je bunyinye…
    1st impression masa nak mulanak baca artikel nie, saya ingtkan contentnye nak cite psal student yang sllu mengntuk bila masuk ke kelas especially kelas pagi2..
    hehe!
    sangkaan meleset…🙂

  5. Kalu kita ngantok time tengah dengar lecture, kita angguk jugak.. Sebab nak tahan kepala yang tengah berat.. Huhu…

  6. Zaiful said

    Angguk…mengantuk
    Angguk…tapi tak faham kuliah
    Angguk … malas nak layan
    Angguk…kepala fikir lain

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s