Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Matlamat, Matlamat, Maltamat Jangka Pendek Pun Ada

Posted by smartz di Januari 29, 2008

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Disuatu malam selepas makan seorang mahasiswi sedang berbual dengan ibunya.

Anak : Tak lama lagi cuti pertengahan semester tapi sedihnya lepas cuti aje lecturer nak adakan ujian. Rasa macam tak cuti aje.

Emak: Kalau macam tu kenapa tak bersedia dari sekarang, nanti tak le teruk sangat kena study masa cuti.

Anak : Memang lah nak study tapi kawan-kawan selalu aje bising masa nak study. Dulu kawan-kawan yang ada jenis yang kuat study, jadi senang sikit.

Emak: Kalau macam tu kenapa tak cari kawan yang sehaluan dengan kita, maksud mak matlamat kita hendaklah selari dengan kawan. Kita juga perlu ada matlamat jangka pendek. Kalau tak dapat ramai dapat sorang pun jadilah. Terangkan pada dia yang kita nak study awal sebab nak prepare supaya tak terlalu penat nak study masa cuti nanti. Tanya dia nak join sekali tak. Kalau dapat ramai lagi bagus. Kalau ada kawan yang sehaluan, dia boleh tolong menenangkan keadaan kalau ada kawan yang nak buat bising, kalau nak belajar kita perlulah ada kawan yang sehaluan kalau tak susah nanti.

Anak : Yelah mak, nanti ida akan cuba ajak si nina tu. Minta-mintak dia hendaklah. 

Begitulah sebagai mahasiswa anda perlu menyediakan persekitaran yang sesuai untuk membolehkan anda belajar dan mengulangkaji. Persekitaran yang baik akan mendorong untuk meningkatkan kualiti pembelajaran anda.

 Sampai jumpa lagi 

5 Respons to “Matlamat, Matlamat, Maltamat Jangka Pendek Pun Ada”

  1. soleh said

    Salam

    Mmg kita perlu cari kawan macam ni, tapi perpustakaan kan ada. Tidak dinafikan dengan adanya kawan, semangat untuk belajar pun akan bertambah. Harap saya pun ada kawan macam ni suatu hari nnt..Amin

  2. smartz said

    Jangan berharap sahaja, mulakan langkah anda, sekarang, entah-entah esok anda akan mendapatkannya dengan izin Allah, inshallah

  3. zee said

    mcm mana ye untuk mengatasi masalah ponteng kelas(IPTA) di kalangan rakan- rakan,setakat usaha menegur seolah2 tidak diperdulikan..untuk dibiarkan rasanya tidak wajar,jika dibiarkan matlamat sebenar mereka tidak akan tercapai..boleh bagi cadangan atau pandangan x?

  4. smartz said

    Assalamualaikum Zee, maaf kerana lambat membalas pertanyaan anda ini.

    Itu adalah salah satu lagi masalah yang biasa berlaku terutama sekali di kalangan pelajar melayu. Mereka perlu sedar dikebanyakan universiti amalan mesti menghadirkan diri lebih dari 80% kehadiran dalam kelas adalah satu kemestian. Jika kehadiran kurang mereka boleh tidak dibenarkan menghadiri kuliah selanjutnya, tidak boleh menghadirkan diri dalam peperiksaan akhir dan akan digagalkan dalam subjek tersebut.

    Namun begitu jika mereka tidak dapat menhadirkan diri oleh sebab-sebab yang boleh diterima oleh universiti dibolehkan. Kalau memang mereka ada sesuatu masalah, rasanya boleh diselesaikan. Kalau terpaksa mereka juga boleh tidak menghadirkan diri dengan mengambil kira 20% ketidakhadiran dari kuliah tersebut. Pengiraan 20% kehadiran untuk satu subjek ini adalah bergantung kepada bilangan kredit sesuatu subjek. Contohnya pengiraan untuk satu subjek bernilai 3 kredit adalah.

    Hari Dibolehkan Tidak Hadir Kuliah 1 kredit subjek = 20/100 * Jumlah pertemuan persemester 1 kredit
    = 0.2 * 15
    = 3

    Hari Dibolehkan Tidak Hadir Kuliah 3 kredit subjek = 3 * 3
    = 9
    Jadi sebenarnya jika mereka memang ada kemahuan untuk belajar, ada ruang dimana dalam keadaan tertentu, universiti membenarkan mereka untuk tidak hadir ke kuliah. Tapi jangan lupa pula untuk menyalin nota dari kawan-kawan yang hadir. Pada peringkat awal ketidak hadiran kuliah, para pensyarah boleh memainkan peranan untuk mengingatkan para siswazah sebaik sahaja kehadiran mereka merosot. Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing. Anda sebagai kawan telah melakukan langkah yang baik dengan menasihatkan kawan-kawan anda. Pastikan mereka faham dengan peraturan universiti yang ada terutama dalam bab kehadiran ke kuliah ini. Kalau boleh dekati mereka dan wujudkan kumpulan belajar sesame mereka.

  5. smartz said

    Assalamualaikum

    Pembetulan, semester telah menjadi pendek sedikit beberapa sesi ini jadi jumlah jam pertemuan yang sebenar adalah 14 dan bukannya 15 seperti yang dinyatakan sebelum ini. Hari pula adalah jumlah jam pertemuan yang dibolehkan tidak hadir kuliah. Maaf atas kesilapan tersebut.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s