Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing

Ketahui Bagaimana Cara Mengatasinya

Archive for Januari 2007

Kalau Bukan Tanggungjawab Kita Siapa Lagi?

Posted by smartz di Januari 31, 2007

Assalamualaikum, Salam Pertemuan

Pada pandangan saya, mahasiswa melayu bukanlah kumpulan pelajar yang tidak cerdik dan tidak punya potensi. Bangsa kita adalah satu bangsa yang pernah gemilang satu ketika dahulu dan tidak mustahil perkara tersebut tidak berlaku lagi sebagaimana yang di idam-idamkan oleh kita semua.

Cuma masalahnya golongan mahasiswa melayu ini terbahagi kepada beberapa kumpulan yang kalau di perhatikan boleh di kategorikan kepada berikut:

  1. Golongan yang tidak tahu atau belum matang pemikirannya
  2. Golongan yang bersikap negatif yang perlu dibantu untuk memotivasikannya
  3. Golongan yang berjaya bila berada dalam suasana yang terkawal tetapi boleh berubah samada negatif atau positif  jika berlaku kejutan budaya
  4. Golongan yang boleh berdikari sendiri dan memang bermotivasi.

Mereka ini perlu dibantu dan sesuatu perlu dilakukan supaya mereka ini bersedia untuk menghadapi suasana baru di universiti. Setiap universiti biasanya mengamalkan sistem penasihatan akademik untuk membantu para mahasiswa ini, Cuma masalahnya sejauh manakah berkesannya sistem penasihatan akademik ini.

Berapa ramai di kalangan anda yang mengetahui wujudnya sistem ini. Saya percaya terdapat mahasiswa di luar sana yang tidak tahupun wujudnya sistem penasihatan akademik ini. Melalui sistem ini sepatutnya pensyarah perlu menjaga sekumpulan mahasiswa dan berfungsi sebagai penasihat kepada mereka tentang keperluan akademik mereka.

Terus terang saya katakan saya sendiri tidak tahu tentang kewujudan sistem ini, semasa saya belajar dahulu dan pensyarah tersebut tidak pernah sekalipun menghubungi saya untuk  memberi penerangan dan menasihati saya. Saya tahu tentang sistem ini, hanya setelah saya melibatkan diri dalam pengurusan akademik ini.

Saya percaya kalau setiap orang dari kalangan bangsa melayu memainkan peranannya masing-masing tentunya masalah graduan melayu ini akan dapat lebih cepat di atasi.  

Sampai jumpa lagi 

Posted in Pelbagai | 1 Comment »

Sesuatu untuk direnungkan

Posted by smartz di Januari 30, 2007

Salam Pertemuan

Dari pemerhatian saya, kebanyakan mahasiswa melayu yang pernah bekerja dan kemudiannya menyambung pengajian mereka semula biasanya tidak akan menghadapi banyak masalah dan keputusan peperiksaan mereka biasanya adalah baik.

Kebanyakan mahasiswa Melayu yang menyambung pengajian mereka dari peringkat persekolahan tidak dapat menyelesaikan pengajian mereka mengikut masanya. Maksudnya mereka tidak dapat menyelesaikan matapelajaran yang perlu diambil  kerana gagal atau  kurang perancangan hingga menyebabkan mereka terpaksa menambah bilangan semester  dalam tempoh mereka belajar hingga melebihi  semester lazim.

Hal ini akan menyebabkan penambahan kos dan tentunya akan memberi kesan kepada keputusan peperiksaan mereka kerana terdapat sesetengah universiti yang tidak mengamalkan konsep kredit mansuh bagi pelajar yang mengulang matapelajaran.

Jika mahasiswa Melayu hendak berjaya mereka perlu peka dan faham tentang sistem semester ini. Sistem semester ini sebenarnya mudah asalkan kita tau kaedah-kaedahnya.

Sampai jumpa lagi

 

 

Posted in Pelbagai | Leave a Comment »

Salam Pertemuan

Posted by smartz di Januari 27, 2007

Assalamualaikum

Dalam beberapa post sebelum ini saya telah utarakan beberapa petikan akhbar tentang  perkembangan pencapaian graduan, yang tentunya kebanyakam mereka yang terlibat adalah graduan melayu.

Saya bekerja di salah sebuah universiti tempatan (IPTA). Hampir 7 tahun lamanya saya terlibat dengan pengendalian pengurusan akademik ini. Rasanya seperti tidak berkesudahan dan amat meletihkan. Tambahan pula dengan realiti pencapaian pelajar melayu yang kurang memberangsangkan menyebabkan saya rasa terpanggil untuk mengwujudkan blog ini. Dengan harapan dapat menyumbang sesuatu untuk kebaikan dan membantu adik-adik yang ada diluar sana.

Sampai jumpa lagi

Posted in Pelbagai | Leave a Comment »

20,217 graduan hadapi masalah dapat kerja

Posted by smartz di Januari 25, 2007

Kira-kira 20,217 graduan institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/TPTS) menghadapi masalah mendapatkan pekerjaan. Timbalan Menteri Sumber Tenaga Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar berkata, daripada jumlah itu yang diperolehi sehingga Jun 2006 lalu, kita-kira 70 peratus adalah graduan IPTA.

Katanya, masalah itu wujud berikutan kebanyakan graduan tidak memenuhi keperluan pekerjaan terutamanya kemahiran dari segi ketrampilan, kewibawaan dan penguasaan bahasa. Kita menyedari bahawa pengangguran di kalangan graduan IPTA lebih tinggi daripada IPTS. “Ini kerana graduan IPTA kebanyakannya tidak memenuhi peluang-peluang pekerjaan kerana mereka kekurangan dari segi soft of skills seperti penguasaan bahasa, kebolehan, kewibawaan dan seumpamanya” katanya.

Posted in Pelbagai | 2 Comments »

Manja Punca Graduan Kurang Berdaya Saing

Posted by smartz di Januari 16, 2007

90 peratus kejayaan para graduan IPTA adalah terletak ditangan mereka sendiri. Mereka yang pilih kursus, fakulti apa dan diterima masuk berdasarkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan Matrikulasi.

Jika tidak mendapat kursus yang di pohon jangan jadikan ianya satu alasan untuk gagal, anggaplah ianya sebagai satu cabaran. Jika anda ingin berjaya jadikan semua ini sebagai satu cabaran untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dan jangan hanya menjadikannya sebagai secukup makan atau sekadar jadi dan melepaskan batuk di tangga sahaja.

Kebanyakan dari penuntut melayu hanya belajar untuk hidup cukup-cukup makan saja. Yang paling membimbangkan perkara pertama yang dibuat apabila duit pinjaman atau biasiswa masuk, ada yang membeli hi-fi, walkman atau telefon bimbit baru.

Buku hayalah perkara kedua kerana mereka lebih selesa fotostat atau bergantung dengan nota-nota pensyarah sahaja. Apabila kelas berlangsung, ramai yang gemar mengambil tempat duduk di bahagian belakang, datang lewat dan sering ponteng kelas. Ada masa yang terluang digunakan untuk mencari hiburan di luar, dating dan sebagainya.

Sewaktu konvokesyen pula, kebanyakan graduan kelas pertama di pegang oleh graduan berbangsa Cina dan majoriti dari graduan bangsa Cina dan India mendapat kelas ke dua tinggi. Hanya segelintir graduan bangsa lain mendapat kelas kedua rendah dan jarang yang mendapat kelas ketiga. Kebanyakan graduan Melayu pula mendapat kelas kedua rendah, selebihnya mendapat kelas ketiga dan graduan yang mendapat kelas ke dua tinggi pula beberapa kerat sahaja jumlahnya.

Bila di alam pekerjaan pula, graduan Melayu dilihat kurang berusaha. Ada yang berpakaian selekeh, datang lewat, fail peribadi kurang tersusun dan sangat tidak bersedia apabila di temuduga. Soalan temuduga yang biasa ditanya seperti ‘Apakah perancangan anda lima tahun dari sekarang?’ tidak dapat dijawab dengan realistik dan praktikal. Apabila diterima masuk (tentunya untuk jawatan yang rendah dahulu), masalah disiplin pula yang timbul.

Apa lagi yang mereka mahu? Graduan Melayu sangat manja, senang taksub kepada sesuatu perkara, kurang berfikiran terbuka, tidak mahu mencabar keupayaan diri, terlalu bergantung kepada bantuan dan kurang mahu memajukan diri dan paling menyedihkan ialah sikap ‘biar papa asal bergaya’. Ini boleh dilihat dengan jumlah yang telah diistiharkan muflis kerana kad kredit, disenarai hitam dan lain-lain.

Sampai bila ekonomi orang Melayu akan meningkat pertumbuhannya? Rasa cukup apa yang ada itu menunjukkan kesyukuran tetapi nasib sesuatu kaum tidak akan berubah kecuali kita yang mengubahnya

Peribahasa ‘rezeki secupak tidakkan jadi segantang’ sudah boleh di simpan sebagai khazanah tetapi bukan lagi satu alasan. Mujurlah bukan semua graduan Melayu begitu.

Posted in Pelbagai | 1 Comment »

Mahasiswa Lemah kerana kurang ketakwaan

Posted by smartz di Januari 11, 2007

Pemerhati belia di negara ini pernah mengeluh “belia kita kini semakin mundur”, mat rempit semakin ramai pengikut dan semakin nekat. Penyakit sedia parah ini pula menjangkiti masyarakat mahasiswa. Maka tidak hairan ada tokoh ilmuan, menteri dan golongan ulama mahasiswa mengatakan mahasiswa kita lemah, merosot dan hanyut.

Menteri pengajian tinggi, baru-baru ini berkata kerajaan menyedari wujud tanggapan sesetengah pijak, mutu institusi pendidikan tinggi awam kita semakin merosot. Antara faktor kemerosotan ini kerana hilangnya jati diri dan nilai takwa dalam diri mahasiswa.

Penyakit ini sangat mudah merebak dan mungkin bertambah parah. Formula terbaik mesti difikirkan segera. Jika tidak generasi akan datang dihuni oleh masyarakat yang rosak pada segenap lapisan.

Bagi mahasiswa tugas pertama adalah membina kesedaran mengenai masalah bangsa ini, kemudian memacukan pemikiran hingga menggerakkan kaki dan tangan untuk membuat sesuatu dengan tindakan yang terbaik.

Posted in Pelbagai | 1 Comment »